Lelaki mabuk rempuh ‘RoadBlock’ Polis

Lelaki mabuk rempuh ‘RoadBlock’ Polis. Seorang jurutera lelaki ditahan polis selepas melanggar beberapa peralatan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar, Simpang Ampat, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima berusia 41 tahun itu didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, ketika kejadian terdapat enam anggota polis dan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedang bertugas.



Beliau berkata, anggota Rela berkenaan melihat Toyota Estima berwarna perak itu berada di lorong kanan dan secara tiba-tiba membelok ke lorong kiri.

“Dia sempat menjerit beberapa kali sebelum anggota polis yang berada di situ mengelak ke bahu jalan.

“MPV itu terus merempuh beberapa kon, lampu polis, papan tanda pemeriksaan polis dan payung sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chong Chern berkata, polis kemudian  menahan suspek dalam jarak kira-kira 200 meter sebelum mendapati nafas lelaki itu berbau alkohol dan dia dipercayai mabuk.



“Siasatan lanjut mendapati lelaki itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Perdana, Simpang Ampat dari tempat kerja di Bukit Mertajam.

“Dia mengaku telah mengambil minuman keras bersama pelanggan di syarikatnya pada pukul 7 malam hingga 8 malam,” katanya.

Chong Chern berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967

Lelaki mabuk rempuh ‘RoadBlock’ Polis




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




MIC kekal dalam BN walaupun berbeza pandangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker