Raja Salman ucap selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 kepada Agong

Raja Salman ucap selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 kepada Agong. Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Raja Salman berharap Seri Paduka sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan kebahagiaan, dan semoga kerajaan serta rakyat Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera.

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, sambutan itu akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya, esok.

Sambutan berskala kecil itu, akan dipantau secara berterusan bagi memastikan tahap keselamatan, jumlah peserta dan tetamu dihadkan tanpa kehadiran orang awam, selaras dengan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Siaran langsung sambutan bermula 8 pagi di semua saluran televisyen tempatan dan melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Merdeka 360 dan Jabatan Penerangan.

Empat persembahan utama dijadual berlangsung esok, termasuk persembahan ‘drumline’ Angkatan Tentera Malaysia, kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, pancaragam gabungan pelbagai agensi beruniform dan persembahan udara Tentera Udara Diraja Malaysia

Raja Salman ucap selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 kepada Agong


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bantuan perubatan COVID-19, Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker