Memandang kehadapan dengan bekerjasama, tapi bukan kerajaan perpaduan
Kesediaan pembangkang untuk bekerjasama dengan pentadbiran baharu Ismail Sabri Yaakob tidak harus disalah anggap sebagai pembentukan kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Tidak ada yang lebih jauh daripada kebenaran. DAP akan kekal berada dalam pembangkang untuk memainkan peranan perlembagaan bagi melaksanakan semak dan imbang terhadap kerajaan, sebagai suara rakyat, membela cita-cita dan prinsip dan memerangi ketidakadilan,” katanya dalam kenyataan.
Lim berkata, kesediaan Pakatan Harapan (PH) dan partinya untuk bekerjasama dengan kerajaan adalah berdasarkan keinginan secara kolektif untuk melakukan pembaharuan seperti Akta Antilompat Parti dan pelan pemulihan pandemik yang komprehensif.
“DAP sedia memandang ke hadapan dan mengambil langkah yang sukar untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan melaksanakan pelan penetapan semula Covid-19 dan pelan pemulihan ekonomi berjumlah RM45 bilion supaya keadaan negara dan ekonomi kembali normal.
“Pelan normalisasi ini akan membolehkan kita meneruskan kehidupan, bekerja mencari rezeki, meneruskan semula operasi perniagaan, kembali ke sekolah dan membangkitkan harapan dalam kalangan generasi muda supaya mereka dapat bercita-cita untuk merealisasikan segala potensi dalam diri, bukannya menghadapi masa depan yang kelam oleh sekatan penuh dan bergantung harap kepada bungkusan makanan.”
Pelan itu katanya, akan mempercepatkan kadar vaksinasi, menyediakan ujian dan keupayaan pengesanan yang lebih baik, penyediaan dana lebih besar kepada sektor penjagaan kesihatan dan penyediaan bantuan wang tunai kepada rakyat.
“Mari kita membangkitkan semula Impian Rakyat Malaysia dengan harapan dan janji untuk masa depan lebih cemerlang,” katanya.
Minggu lalu, Lim dan rakan pemimpin komponen PH, iaitu Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu mengadakan pertemuan dengan Ismail dan mereka mencapai kata sepakat berhubung kepentingan pembaharuan institusi dan tadbir urus yang baik.
“Konsensus telah dicapai dalam memperkukuhkan fungsi Parlimen sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, memastikan semak dan imbang dilaksanakan dalam badan eksekutif supaya ia lebih telus dan memenuhi keinginan rakyat,” kata pemimpin itu dalam kenyataan bersama.
Kami bekerjasama, tapi bukan kerajaan perpaduan – Guan Eng
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Selesaikan perselisihan ikut resipi kekeluargaan
You must be logged in to post a comment.