Tibai pelajar OKU guna penyapu, guru agama didakwa
Tibai pelajar OKU guna penyapu, guru agama didakwa
Seorang guru agama di sebuah madrasah di Telok Mas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan mencederakan pelajarnya yang juga orang kurang upaya (OKU), Ahad lalu.
Mohamad Haslam Abdul Salam, 32, didakwa menyebabkan cedera di bahagian belakang badan serta kedua-dua tangan dan kaki Muhammad Sawfi Razali, 21, dengan menggunakan sebatang penyapu, menurut laporan Bernama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan GB 5, Taman Gadong Bahagia, di sini, pada kira-kira 7 pagi, 22 Ogos lalu.
Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, atau denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N Sivasangari mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.
Peguam bela Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung tiga anak.
Hakim Nariman Badruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
Beliau kemudian menetapkan 27 September ini untuk sebutan semula kes. FMT
Tibai pelajar OKU guna penyapu, guru agama didakwa
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.