Sekolah jadi sarang maksiat, penduduk resah

Sekolah jadi sarang maksiat, penduduk resah

GEORGETOWN: Bangunan sekolah yang terbiar di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Tikus, di sini, kini dipercayai menjadi sasaran sekumpulan individu tidak bertanggungjawab.

Mereka dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral seperti mencuri peralatan, penyalahgunaan dadah, mabuk dan perbuatan maksiat sehingga meresahkan penduduk berhampiran.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Aleem, 34, berkata beberapa individu dikesan masuk ke kawasan sejak sekolah berkenaan yang ditinggalkan sejak lima tahun lalu.

Mereka biasanya datang pada waktu tengah hari dengan menaiki motosikal sebelum kembali semula pada tengah malam.

“Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di dalam kawasan itu tetapi seringkali saya dengar bunyi ketukan dan barangan dipecahkan selain membuat bising.

“Saya dan penduduk di sini sering lihat mereka mengambil barangan seperti meja, kerusi, peralatan makmal dan lain-lain lagi dari sekolah berkenaan pada waktu malam,” katanya ketika ditemui.

Menurut Aleem, dia dan penduduk sudah beberapa kali menegur perbuatan individu berkenaan serta melaporkan kepada balai polis berhampiran.

“Pagar juga sudah dipecahkan dan mereka boleh masuk sesuka hati justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu bagi menjamin keselamatan penduduk.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Jika dibiarkan, makin banyak ‘harta kerajaan’ dirosakkan dan penduduk juga hidup dalam keresahan,” katanya.

Tinjauan mendapati, bangunan sekolah berkenaan ditumbuhi rimbunan pohon manakala pagar di pintu masuk sudah dirosakkan.

Difahamkan bangunan itu sudah tidak digunakan lagi selepas sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baharu di Jalan Sultan Ahmad Shah.

Barangan dalam bangunan termasuk kelas dan dewan sekolah itu sudah rosak manakala pada bahagian lantai pula dipenuhi serpihan kaca. Wayar dan kabel elektrik juga berselirat di lantai. BH

Sekolah jadi sarang maksiat, penduduk resah

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker