RCI Tommy Thomas berupaya bantu tamatkan pendakwaan politik

RCI Tommy Thomas berupaya bantu tamatkan pendakwaan politik. Desakan Umno supaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas, dibuat untuk membantu menghentikan pendakwaan politik oleh mana-mana parti yang menguasai Putrajaya, kata Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda Umno itu berkata isu pendakwaan terhadap musuh politik timbul setiap kali kerajaan bertukar dan sekiranya tidak ditangani segera, akan menyulitkan lagi usaha memulihkan kestabilan politik negara.

Beliau menegaskan Pemuda Umno melihat penubuhan RCI itu sebagai sebahagian agenda Umno untuk melakukan reformasi institusi termasuk pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya Awam serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selain membela kewibawaan badan kehakiman.

“Selagi ada campur tangan politik (dalam badan kehakiman dan agensi pendakwaan) sebegini rupa, (maka) itu antara sebab kenapa ketidakstabilan politik berlaku,” kata beliau kepada FMT.

Semalam Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Ismail mencapai persetujuan mengenai “beberapa panduan utama” termasuk “penubuhan segera” RCI terhadap Thomas.

RCI itu, menurut Zahid adalah bagi menyiasat segala pendedahan yang dilakukan oleh Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan Undang-undang Negara.

Awal tahun ini, Pemuda Umno menggesa penubuhan RCI untuk menyiasat beberapa dakwaan yang dibuat Thomas dalam sebuah buku nukilannya.

Antaranya ialah pengakuan Thomas berhubung pelantikan Ketua Hakim, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak yang dikatakan melibatkan beberapa perbincangan antaranya dengan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga menegaskan keperluan menamatkan penggunaan pendakwaan di mahkamah sebagai senjata politik.

“Isu pendakwaan politik, sekiranya tiada titik noktah, akan menyaksikan setiap kali naik sahaja kerajaan baharu, maka berlakulah pendakwaan terhadap musuh politik mereka. Kita kena hentikan pendakwaan politik yang berterusan dan (semakin) sengit ini.

Masa Untuk Selamatkan Rakyat, Pulih Ekonomi, Bukan Politiking – Hadi Awang

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, desakan untuk menubuhkan RCI terhadap Thomas tidak akan mengalihkan fokus Umno mahu pun kerajaan daripada membantu memulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata desakan itu bukan perkara baharu, dan pernah dibuat Pemuda Umno sebelum krisis Covid-19 melanda negara tahun lalu.

Asyraf yakin reformasi insitusi awam mampu menzahirkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan terutama terhadap pembangkang.

“Saya percaya pembangkang juga akan merasa selesa apabila mereka tidak ditekan walaupun berbeza fahamanan idelogi dengan kita,” katanya.

Beliau berkata Umno turut mahukan kerajaan menangani isu pendanaan politik dan akta lompat parti yang sudah lama diperdebatkan oleh parti politik.

Asyraf berkata, reformasi institusi perlu dilihat sebagai keperluan mendesak ketika ini, memandangkan beberapa kes “besar” di bawah siasatan SPRM sebelum ini “didiamkan”.

“Dulu kita dah bawa (cadangan reformasi institusi) kepada Muhyiddin Yassin tetapi dia tak buat dan akhirnya berlaku lompat parti besar-besaran,” kata beliau merujuk kepada bekas perdana menteri itu yang meletak jawatan 16 Ogos lalu.

“Ada satu kes babitkan bekas pemimpin PKR, Xavier Jayakumar yang sudah disiasat begitu rapi oleh SPRM tetapi bila (di peringkat) pendakwaan, dia terlepas dan didiamkan kerana sudah lompat ke Bersatu. Sebaliknya tetapi mereka yang menentang (parti pemerintah) pula ditekan. Ini situasi yang tidak sihat,” dakwanya.

Muhyiddin adalah presiden Bersatu.

Feb lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Xavier disiasat susulan penangkapan pembantu dan rakan baiknya, MA Tinagaran, seminggu sebelum itu berhubung jenayah rasuah.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu keluar PKR dan mengumumkan sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin 13 Mac lalu.

Sejak dari itu tiada perkembangan terbaharu kes itu dilaporkan.

RCI Tommy Thomas berupaya bantu tamatkan pendakwaan politik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelantikan Tommy Thomas kesilapan terbesar PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker