Pilihan PM adalah terhad, apa yang penting terus bekerja dan bergerak kehadapan
Pilihan PM adalah terhad, apa yang penting terus bekerja dan bergerak kehadapan . Pemilihan semula muka lama dalam kabinet baru dibuat kerana Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memiliki pilihan yang terhad, kata Abdul Latif Ahmad.
Ahli parlimen Bersatu yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu berkata, oleh sebab itu Ismail terpaksa memilih kebanyakan muka lama bagi menganggotai kabinet.
“Saya ingat sebagai perdana menteri kesembilan, dia tidak ada pilihan pun. Dia ada 114 (ahli parlimen) dan daripada situ saja dia boleh pilih. Pilihan dia juga terhad, (terpaksa pilih) orang yang sama saja dan itu sajalah yang dia boleh (pilih) melainkan kalau pembangkang dulu sokong dia dan beri undi kepada dia.
“Kalau dia dapat undi daripada pembangkang, PKR dan DAP, bolehlah dia pilih di kalangan rakan pembangkang. Kalau nak pilih muka baru, semua itu kena tunggu PRU15. Dia tak ada pilihan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Terdahulu, perdana menteri mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru semalam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ismail juga berkata tugas utama mereka adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi selain mesti menunjukkan prestasi dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.
Bagaimanapun, pelantikan barisan kabinet baru itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang menyifatkan sebagai kebinet ‘kitar semula’ daripada pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Abdul Latiff yang juga bekas menteri pembangunan luar bandar berkata dalam keadaan sekarang adalah mustahil untuk Ismail melantik ‘orang luar’.
“Tak akanlah dia nak lantik orang daripada luar sebagai senator. Dalam ribut yang tengah membadai kita tak boleh tukar anak kapal. Jadi, kita perlu mengharungi ribut itu dengan anak kapal yang sama,” kata ahli parlimen Mersing itu.
‘Pembangkang tetap nak membangkang’
Sementara itu, Ahmad Marzuk Shaary (PAS) yang dilantik semula sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata pemilihan semula muka lama daripada pentadbiran Muhyiddin adalah untuk meneruskan dasar-dasar baik yang dibuat kerajaan sebelum ini.
Kata Marzuk, penstrukturan beberapa kementerian dengan menukar beberapa portfolio menteri juga adalah usaha untuk memantapkan lagi dan menyesuaikan dengan keupayaan mereka yang mengetuai kementerian terbabit.
“Jadi, kabinet ini akan jadi kabinet yang lebih mantap dan lebih mampu untuk menunaikan jangkaan Malaysia dan rakyat. Sebab itu, ada perubahan untuk beberapa kedudukan dan kabinet ini adalah kabinet yang berintegriti. Yang paling penting, sokongan dan dukungan daripada pelbagai latar belakang ahli parlimen.
“Tapisan yang begitu ketat untuk membarisi kabinet ini adalah merupakan ciri yang menjadi nilai tambah dalam menentukan keyakinan rakyat,” katanya kepada Malaysiakini.
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu sudah menjangka pelantikan anggotai kabinet baru itu akan mendapat kritikan pelbagai pihak khususnya pembangkang.
“Pembangkang dia akan tetap membangkang, mana boleh pembangkang nak setuju dengan individu yang dilantik dan dibentuk oleh kerajaan, sebab dia pembangkang. Tetapi, hakikatnya rakyat menerima kabinet ini walaupun ditolak oleh sebahagian pimpinan pembangkang,” katanya.
Menurut Marzuk dalam pemerhatiannya tidak ada satu pun komen yang konstruktif daripada pembangkang terhadap pembentukan kabinet baru itu.
“Melainkan komen sekadar bersifat pembangkang,” katanya.
Selain Ismail Sabri ada 30 ahli parlimen dan senator dipilih menganggotai kabinet dalam kerajaan yang dibentuk selepas Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.
Kebanyakan menteri terbabit adalah orang yang sama dipilih Muhyiddin, manakala sebahagian ‘muka baru’ yang dibawa masuk pula ialah ahli parlimen yang pernah menjadi menteri pada zaman BN dulu.
Antaranya, Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau dilantik mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Annuar Musa (Ketereh) yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Ismail Sabri juga mengumumkan pelantikan 34 yang lain sebagai timbalan menteri.
Pilihan PM adalah terhad, apa yang penting terus bekerja dan bergerak kehadapan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU