MMA harap Khairy beri keutamaan kepada isu berkaitan pandemik

Persatuan Perubatan Malaysian (MMA) berharap penubuhan suruhanjaya kesihatan bagi membawa Malaysia keluar daripada belenggu pandemik Covid-19 akan menjadi agenda utama Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.

Presidennya, Prof Datuk Dr M.Subramaniam dalam kenyataan pada Jumaat berkata, kementerian kesihatan merupakan kementerian yang paling penting ketika ini, semasa negara sedang bergelut dalam memerangi pandemik itu.

“Ada juga isu yang sudah lama berlarutan seperti isu kontrak doktor, yang kita harap akan dapat diselesaikan. Mungkin Yang Berhormat Khairy Jamaluddin boleh menjadi menteri yang akan dapat menyelesaikan isu ini, mungkin kurang dari 100 hari,” katanya.



Beliau berkata, Khairy telah membuktikan kewibawaan beliau sebagai pemimpin yang baik dalam melaksanakan tugasnya menerajui kementerian sebelum ini termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan juga menjadi menteri yang bertanggungjawab terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“MMA juga berharap beliau mengiktiraf peranan penting penjagaan primer dalam ekosistem penjagaan kesihatan dan keperluan kerjasama dan kolaborasi erat bagi sektor awam-swasta dalam pengurusan.

MMA seterusnya mengucapkan tahniah kepada Khairy yang dilantik bagi menerajui Kementerian Kesihatan (KKM), dan berharap beliau akan dapat membawa idea yang baharu dan inovatif ke kementerian yang baru diterajuinya itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat mengumumkan senarai menteri kabinet yang melibatkan lantikan 31 menteri, termasuk empat menteri kanan. – Bernama



 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Parti Gerakan cadang penggunaan ubat tradisional Cina tangani Covid-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker