Radzi diingatkan guna data dan sains, bukan hujah politik

Radzi diingatkan guna data dan sains, bukan hujah politik

Sebarang keputusan dasar pendidikan negara harus menggunakan data dan sains, bukan sekadar hujah politik seperti berlaku sebelum ini, kata pakar pendidikan mengingatkan Radzi Jidin yang dilantik semula memegang portfolio menteri kanan pendidikan.

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, berkata walaupun keputusan itu mungkin dianggap tidak popular, paling utama adalah keputusan yang dibuat perlu berkesan dalam sistem pendidikan.

“Data dan sains mestilah menjadi hujah dalam membuat semua keputusan dasar pendidikan. Bukan lagi sekadar hujah politik.

“Setiap keputusan mestilah disokong dengan data kajian dan pandangan pakar berwibawa. Walaupun keputusan mungkin tidak popular tidak mengapa, asalkan keputusan tersebut dibolehkan diyakini, tepat dan berkesan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pelantikan semula Radzi yang juga naib presiden Bersatu sebagai menteri kanan pendidikan bawah pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mengulas lanjut, Anuar berkata, mendepani cabaran semasa Kementerian Pendidikan (KPM) perlu melibatkan lebih ramai pakar pendidikan dan pakar kesihatan dalam sesi perbincangan dasar supaya pertimbangan lebih menyeluruh, selain mengambil kira kepentingan semua pihak yang terkesan dalam sektor pendidikan.

Beliau berkata, KPM juga perlu melibatkan secara aktif NGO pendidikan khususnya Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dalam sesi merumuskan keputusan yang dibuat kementerian.

“Supaya rakyat dapat melihat usaha kebersamaan yang erat antara KPM dengan pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan,” katanya yang menyifatkan Radzi mampu memastikan semua agenda bawah KPM dapat diteruskan segera khususnya persediaan pembukaan sekolah pada 3 Oktober.

“Pelantikan ini adalah diperlukan dalam keadaan semasa bagi memastikan semua perancangan dapat diteruskan dengan segera demi kebaikan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Kepimpinan Radzi sebelum ini dikritik hebat susulan berlaku penularan kes Covid-19 yang tinggi dalam kalangan murid dan pelajar sekolah dan ramai mengandaikan pemimpin Bersatu itu akan digugurkan daripada Jemaah Menteri Ismail. FMT

Radzi diingatkan guna data dan sains, bukan hujah politik

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker