Ismail Sabri ucap selamat ulang tahun untuk Pergerakan Pemuda UMNO

Ismail Sabri ucap selamat ulang tahun untuk Pergerakan Pemuda UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat ulang tahun ke-72 buat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang disambut pada setiap 26 Ogos.

Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau sangat memahami perjuangan pergerakan itu kerana pernah menganggotai Pemuda UMNO.

“Sebagai orang yang pernah menganggotai Pergerakan Pemuda UMNO, saya amat memahami obor perjuangannya untuk menegakkan idealisme sayap parti ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Pemuda UMNO adalah pelopor semangat dalam perjuangan anak watan mendapatkan kemerdekaan dan seterusnya mencipta pelbagai kejayaan buat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, Pemuda UNNO berjuang dengan suara, tinta dan tenaga untuk memastikan agenda membela rakyat terus diutamakan.

Ujarnya, selepas 72 tahun, pergerakan itu kritis, inovatif dan progresif sesuai dengan zaman, serta semuanya demi negara tercinta.

“Selamat menyambut ulang tahun penubuhan ke-72! Tahniah Pemuda UMNO! Teruskan perjuangan tanpa noktah!,” katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuh pada 26 Ogos 1949 merupakan sayap belia dalam UMNO yang ditubuhkan bagi mewakili golongan belia lelaki Melayu dan Bumiputera.

Untuk rekod jawatan Ketua Pergerakan UMNO kini dipegang oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Ismail Sabri ucap selamat ulang tahun untuk Pergerakan Pemuda UMNO

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker