PM dijangka umum kabinet petang ini

PM dijangka umum kabinet petang ini. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di Kuantan pada kira-kira jam petang tadi.

Menurut portal Berita Harian Online, sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua jam dan bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri.

Kenderaan rasmi yang membawa perdana menteri keluar dari perkarangan Istana Abdulaziz pada jam 1.38 tengah hari dan dia sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang membuat liputan.

Portal itu juga melaporkan adalah difahamkan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dijangka akan mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan mengenai senarai anggota kabinetnya.

Bagaimanapun setakat ini belum ada makluman rasmi atau jemputan kepada media, termasuk kepada  Malaysiakini.

Terdahulu, Bernama melaporkan Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.

Turut bersama perdana menteri ialah Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Star Online sebelum ini melaporkan senarai kabinet itu sepatutnya dipersembahkan semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini, memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak berada di Kuala Lumpur.

Ismail bertolak ke Pahang hari ini.

Ia juga melaporkan bahawa Ismail diminta memuktamadkan senarai kabinet sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

Selepas senarai kabinet itu dipersembah kepada Agong, majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan secepat mungkin.

PM dijangka umum kabinet petang ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker