Resepi udang sambal hijau meletop

Resepi udang sambal hijau meletop

Udang memang menjadi kegemaran kebanyakan orang. Ada bermacam-macam cara nak masak udang ini. Kali ini kita cuba dengan sambal hijau.

Bagi penggemar sajian sambal, resepi udang sambal hijau perkongsian Nazura Zainal Abidib ini antara yang harus anda cuba. Memang sedap. Bolehlah cuba masak untuk keluarga.

Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN

300 gm udang sederhana besar – bersihkan
3 tangkai kacang panjang
2 helai daun limau purut
60 ml santan
1 labu bawang besar – hiris bulat
Sedikit minyak masak
Garam dan gula

BAHAN KISAR

4 tangkai cili hijau
8 tangkai cili padi
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA

1.Udang yang telah dibersihkan, digoreng beberapa minit sahaja dan diangkat.
2.Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3.Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Bubuh daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
4.Apabila tumisan kelihatan sudah masak sempurna, masukkan udang.
5.Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan gaul rata. Masukkan hirisan bawang besar dan boleh dihidangkan.

Resepi oleh Nazura Zainal Abidin

Ada beberapa versi yang boleh dapati di internet dan resepi ini adalah salah satu yang boleh anda cuba sendiri.

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi udang sambal hijau meletop


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi kari udang bendi padu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker