Minta maaf pada adik ipar sebelum ditemui mati tergantung
Bekas pensyarah minta maaf pada adik ipar sebelum ditemui mati tergantung
Seorang bekas pensyarah ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam sebuah rumah di Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan, semalam.
Menurut adik ipar mangsa yang berusia 54 tahun, ketika menghantar kuih ke rumah mangsa beberapa hari sebelum kejadian, dia terkejut apabila tiba-tiba mangsa memohon maaf kepadanya.
“Sabtu lalu saya hantarkan kuih padanya dan dia tiba-tiba memohon maaf kepada saya,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Katanya, mangsa mengalami masalah kemurungan dan keadaan bertambah buruk apabila bercerai pada Mei lalu serta difahamkan sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tampin.
“Kami memang bawa dia pergi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tampin. Pernah juga sebelum ini abang mahu duduk sendiri di sini tapi sehari sahaja saya benarkan bila saya tengok keadaannya agak lain.”
Katanya, terdahulu dia menghubungi abang iparnya itu pada sebelah petang selepas isterinya mengadu tidak dapat menghubungi mangsa sejak pagi.
“Ketika senja saya datang ke rumah ini dan saya lihat dalam rumah gelap sahaja. Saya memberi salam tapi tidak berjawab, jadi saya pulang dulu.
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
“Pukul 8 malam, saya datang semula dan meminta bantuan rakan tapi kami tetap tak dapat lihat ke dalam rumah. Saya terus menghubungi polis kerana bimbang sesuatu berlaku padanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada adik ipar lelaki berkenaan.
“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia.
“Siasatan awal tidak menemukan senjata tajam atau barang berbahaya di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Minta maaf pada adik ipar sebelum ditemui mati tergantung