Shahidan sokong Ismail Sabri jika dicalonkan

Sebaran :

Shahidan sokong Ismail Sabri jika dicalonkan

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengakui wujud perbincangan politik, termasuk pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Namun, beliau enggan mengesahkan sama ada wujud usaha mengumpulkan Akuan Bersumpah (SD) untuk tujuan mengangkat Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sudah tentu ada kaedah dan cara bagaimana Ahli Parlimen menyatakan sokongan mereka,” katanya kepada BH ketika ditanya mengenai gerakan mengumpul SD untuk menyokong Ahli Parlimen Bera berkenaan sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan ada usaha mengumpulkan SD bagi menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga mengesahkan sudah pun menandatangani SD berkenaan, namun tidak mendedahkan Ahli Parlimen lain yang mungkin sudah berbuat demikian.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahidan menjelaskan beliau ada mendengar nama Ismail Sabri dicalonkan bagi jawatan itu dan akan menyokong pencalonan berkenaan jika ada.

“Jika Ismail Sabri dicalonkan, saya sokong. Saya sebagai ahli UMNO sudah tentu sokong calon parti. Kita ada rakan parti dalam PN, jika mereka berasa UMNO perlu menerajui (kerajaan), maka kita seharusnya terima dan sokong.

“Keadaan ini sama masa ketika PN dibentuk apabila BERSATU namakan Muhyiddin, UMNO sokong dan ini mendapat persetujuan parti lain,” katanya.

Ditanya sama ada sudah menandatangani sebarang SD, beliau mengelak menjawab soalan itu, sekadar memaklumkan: “Ada macam-macam cara dan kaedah untuk kita nyatakan sokongan”. BH

Shahidan sokong Ismail Sabri jika dicalonkan

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM


Sebaran :

Leave a Reply