PEJUANG tak tandatangan SD sokong calon PM baharu
PEJUANG tak tandatangan SD sokong calon PM baharu
Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak terbabit mana-mana kumpulan atau menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) menyokong calon Perdana Menteri.
Timbalan Presidennya, Datuk Marzuki Yahya, berkata setakat ini tiada perbincangan serius diadakan dengan mana-mana parti berhubung perkara itu.
Katanya, PEJUANG tetap menegaskan parti itu mahukan sebuah majlis seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Setakat ini, sehingga pagi ini PEJUANG belum putuskan untuk menyokong sesiapa sebagai perdana menteri,” katanya kepada BH.
Beliau ditanya mengenai pendirian parti itu berhubung pelantikan Perdana Menteri berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletakkan jawatan, hari ini.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata, perkara itu antara dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Parlimen BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, semalam.
Mengenai laporan menyatakan ada pertemuan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Marzuki menegaskan itu hanya perbincangan politik biasa.
“Tiada apa-apa keputusan, itu hanya perbincangan politik biasa dan Ismail Sabri yang datang, kita terima dan mendengar hajatnya sahaja,” katanya.
Enggan mendedahkan butiran perbincangan, beliau berkata, dalam politik memang banyak perbincangan, terutama dalam keadaan sekarang. BH
PEJUANG tak tandatangan SD sokong calon PM baharu
Baca Artikel Menarik :
- Perikatan Nasional tumbang? Muafakat Nasional dijangka kembali ‘bernyawa’
- Harap muka saja cantik bukan jaminan
- MIC desak UMNO pilih Ismail Sabri
- Mampukah Anwar tamatkan sumpahan PM Tepi?
- Parti tentukan calon PM, bukan individu
- Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan
- Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU