Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan

Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan, kata Pejuang

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mendapatkan sokongan untuk menjadi calon perdana menteri yang baharu.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya.

Marzuki berkata Ismail berjumpa dengan Mahathir di rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan, Selangor kira-kira jam empat petang tadi dan pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit.

Bagaimanapun, kata Marzuki, jawapan Mahathir kepada Ismail adalah sama seperti yang diberikan kepada Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Presiden Amanah Mohamad Sabu yang turut menghubunginya beberapa minggu lalu bagi pihak Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Apa yang Tun cakap kepada Ismail Sabri sama dengan (kepada) Loke dan Mat Sabu.

“Fokus utama Pejuang adalah masalah negara yang melimpah – Covid-19, ekonomi, sosial dan pendidikan,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Marzuki yang turut serta dalam pertemuan itu berkata, apa yang Mahathir minta agar Majlis Pemulihan Negara (MPN) dapat ditubuhkan.

Marzuki berkata, tidak pelik untuk mana-mana pihak meminta sokongan daripada Mahathir dan dia akan menerima mereka sebagai tetamu.

Mahathir konsisten mengajukan penubuhan MPN – satu badan seakan Mageran yang mentadbir negara selepas tragedi 13 Mei 1969 sehingga 1971.

Ketika itu, Parlimen digantung dan Mageran yang merangkumi lapan anggota mentadbir dengan kuasa darurat.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bagaimanapun, MPN yang dicadangkan Mahathir tidak menggantung Parlimen.

“Keutamaan Pejuang adalah masalah kesihatan dan ekonomi yang begitu ketara dihadapi rakyat, bukan tentang soal nak pilih perdana menteri.

“Kalau kita pilih perdana menteri pun, kalau tak dapat selesaikan masalah negara dan rakyat, tak ada guna juga,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu pemberita di Petaling Jaya yang dia menerima maklumat Ismail – yang dalam usaha mendapatkan sokongan – telah menghubungi Mahathir.

Dia bagaimanapun berkata tiada perincian lanjut berkenaan perkara itu.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkan akan meletakkan jawatan esok.

Muhyiddin hilang majoriti selepas 15 ahli parlimen Umno – diketuai presiden Ahmad Zahid Hamidi – menarik balik sokongan mereka. FMT

Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker