Esok hari ‘Penentuan Kerajaan’, PAS seru ahli solat hajat

Sebaran :

Esok hari ‘Penentuan Kerajaan’, PAS seru ahli solat hajat.

Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru ahli PAS mengadakan solat hajat dan bermunajat malam ini memohon doa agar Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai kerajaan.

Timbalan Presiden PAS membuat seruan itu menjelang majlis menghadap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong esok bagi menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

“Esok hari yang sangat penting dalam menentukan masa depan negara.

“Kita perlukan masa untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku, keadaan Covid-19 dan tekanan ekonomi rakyat serta negara pada masa ini,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Awal hari ini, Menteri Tugas-tugas Khas Mohd Redzuan Md Yusof menjawab spekulasi mengenai peletakan Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai perdana menteri esok.

Redzuan berkata Muhyiddin menimbang untuk meletak jawatan sebagai “pilihan terakhir” demi kebaikan rakyat.

Redzuan berkata mesyuarat lebih dua jam yang diadakan hari ini membincangkan “halatuju sekiranya perdana menteri meletak jawatan,” tetapi tidak mengulas lanjut.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air sebelum itu ada membuat hantaran di Facebook yang menyifatkan, kebiasaannya manusia tidak menghargai sesuatu waktu yang masih ada.

“Biasanya manusia tidak hargai sesuatu waktu masih ada, namun ia akan menghargai dan menyesal setelah tiada,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok

 


Sebaran :

Leave a Reply