Bersatu adakah pertemuaan terakhir sebelum Muhyiddin Mengadap Agong
Bersatu adakah pertemuaan terakhir sebelum Muhyiddin Mengadap Agong. Pemimpin-pemimpin tertinggi Bersatu kini mengadakan pertemuan di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika, Kuala Lumpur, ketika pelbagai spekulasi mengenai kedudukan kerajaan terus menjadi perhatian.
Turut menjadi tanda tanya ialah status Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri. Antara khabar yang tular dalam kalangan orang ramai ialah, ahli parlimen Pagoh itu berada di hari-hari terakhirnya sebagai perdana menteri.
Antara yang dilihat tiba di lokasi itu ialah:
- Mustapa Mohamed (Jeli),
- Mohd Redzuan Md Yusof (Aloh Gajah),
- Ahmad Faizal Azumu (Tambun),
- Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat)
- Edmund Santara Kumar Ramanaidu (Segamat),
- Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)
- Zuraida Kamaruddin (Ampang),
- Dr A Xavier Jayakumar (Kuala Langat)
- Larry Sng (Ahli Parlimen Julau).
Terdahulu, Sin Chew Daily yang memetik sumber kabinet memberitahu Muhyiddin akan mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri esok.
Laporan itu juga menyebut sumber lain yang tidak didedahkan namanya mendakwa dia sudah diarahkan agar mengosongkan pejabat.
Sinar Harian dan Utusan Malaysia sama-sama menerbitkan laporan malam tadi yang mendakwa bahawa beberapa kakitangan menteri telah mula berkemas sejak tengah hari semalam.
Malam tadi, Malaysiakini melaporkan bahawa Muhyiddin dijadualkan untuk menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong esok.
Bersatu adakah pertemuaan terakhir sebelum Muhyiddin Mengadap Agong
Baca Artikel Menarik :
- Kegilaan Mahiaddin Md. Yassin yang terdesak
- Pegawai menteri mula kemas pejabat
- Muhyiddin akan letak jawatan dalam tempoh terdekat
- PM cuba gambarkan PN ‘mangsa’, tapi mangsa sebenar 12k korban Covid
- Bos Mydin bidas gabenor BNM berhubung moratorium pinjaman
- Resepi Ayam Madu Leleh Confirm Sedap
- Izara Aishah padam semua gambar tak bertudung
Layari Laman Facebook MYKMU
Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’
You must be logged in to post a comment.