Jika Anwar gagal dapat majoriti tawaran Muhyiddin berbaloi
Jika Anwar gagal dapat majoriti tawaran Muhyiddin berbaloi. Tony Pua mahu pembangkang pertimbang tawaran Muhyiddin jika Anwar gagal dapat majoriti. Sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat mengumpulkan sokongan majoriti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka tawaran dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.
Dalam satu tulisan di Facebooknya, Tony menjelaskan adalah wajar untuk pemimpin pembangkang mempertimbangkan untuk menghadiri pertemuan yang dicadangkan oleh Muhyiddin.
“Pandangan saya, jika kita tidak dapat kumpulkan sokongan majoriti untuk Ketua Pembangkang, kita perlu mempertimbangkan tawaran yang diberikan oleh Muhyiddin.
“Beliau meminta untuk bertemu semua parti pembangkang untuk berbincang, Dan kita sekurang-kurangnya perlu untuk setuju menghadiri pertemuan itu.
“Lagi pun ia adalah untuk kepentingan rakyat, tidak ada yang merugikan,” katanya.
Tony juga menjelaskan sekiranya tawaran dari muhyiddin itu diterima, pembangkang mampu menyekat kumpulan kleptokrat dari kembali berkuasa.
Selain itu, jelas beliau dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin, pembangkang dapat meneruskan beberapa agenda seperti reformasi parlimen yang tidak sempat dilaksanakan.
“RUU tempoh dua penggal untuk Perdana Menteri. PH tidak dapat melakukan ini kerana kita tidak mendapat 2/3 majoriti. Tetapi sekarang, untuk RUU ini, jika PH dan PN boleh bersetuju, kita boleh meminda perlembagaan.
“Anti Lompat Parti. Jangan biarkan saya mulakan akar kepada segala masalah yang membawa Malaysia kepada krisis politik yang kita hadapi sekarang.
“Ya, Bersatu dan PN adalah merupakan tunjang segala aktiviti lompat parti. Tetapi jika tawaran itu ikhlas, dan saya percaya ia ikhlas kerana memerlukan sokongan kita, maka kita perlu merebut peluang untuk meluluskan akta anti lompat parti serta merta,” katanya lagi.
Ketika menyampaikan Perutusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bi-partisan.
Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.
Jika Anwar gagal dapat majoriti tawaran Muhyiddin berbaloi
Baca Artikel Menarik :
- Remaja perempuan dakwa dicabul bomoh ketika rawatan
- Bukan kita jumpa Agong ramai-ramai ke?
- Tembakan di TUDM Samarahan, 3 dipercayai maut
- Resepi Puding Sedut Viral, boleh buat niaga
- Cucuk vaksin aurat terdedah, tak takut dosa
- PAS Bakal Terima DAP Kembali?
Layari Laman Facebook MYKMU
Pakatan Harapan ikut jejak Warisan, MUDA, PSB, UPKO tolak ‘Rasuah’ Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.