Tembakan di TUDM Samarahan, 3 dipercayai maut

Tembakan di TUDM Samarahan, 3 dipercayai maut

Tiga anggota dipercayai maut, satu cedera tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan

KUCHING: Sekurang-kurangnya tiga anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dipercayai maut dan seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di Kem SKN 330 TUDM CRC, Kota Samarahan pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal itu.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Bagaimanapun mengikut laporan awal, tiga anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan dirawat di Hospital Jantung Kota Samarahan,” katanya kepada Astro AWANI.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan mengenai insiden berkenaan.

Katanya pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian tembakan bagaimanapun maklumat lanjut mengenai mangsa belum dapat dipastikan.

“Ya kita ada terima laporan tersebut dan sedang menyiasat punca kejadian.

Mengenai maklumat mangsa masih lagi menunggu laporan penuh.

“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini dalam waktu terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan insiden itu melibatkan empat warganya yang berlaku pada pukul 7.15 pagi.

Jelas kenyataan itu, kejadian berlaku ketika waktu anggota bertugas kira-kira pukul 7.15 pagi dan akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak TUDM menyerahkan kes kejadian kepada PDRM untuk menjalankan siasatan.

Pihak TUDM juga menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak polis selesai,” katanya. Awani

Tembakan di TUDM Samarahan, 3 dipercayai maut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker