Peja dikecam netizen kerana video mee kari

Peja dikecam netizen kerana video mee kari

‘Sedap mi kari Putrajaya’ video TikTok Peja dikecam warganet

Video TikTok memaparkan Penasihat Khas Perdana Menteri Ahmad Faizal Azumu, menikmati hidangan mi kari di pejabatnya di Putrajaya, mengundang kecaman dan kemarahan warganet.

Sebahagian mereka terkejut dengan tindakan Faizal membuat ulasan makanan ketika negara berdepan jangkitan dan kes kematian Covid-19 yang semakin teruk, ditambah pula kedudukan kerajaan sedia ada yang dipersoal jumlah majoritinya.

Dalam video ditularkan, bekas menteri besar Perak itu berkata, beliau mencuba semangkuk mi kari dari Putrajaya yang dikatakan cukup lazat, sambil menambah hidangan itu menjadi kegemarannya ketika berada di Ipoh.

Tidak cukup dengan itu, Faizal berkata beliau pernah menikmati mi kari setiap hari di Ipoh, sambil memberi rating 8.5 daripada 10 terhadap hidangan mi kari dari Putrajaya itu.

Seorang pengguna media sosial berkata “Adakah ini kualiti menteri Malaysia?” manakala beberapa lagi mengkritik video itu tidak kena pada masanya dan tidak peka.

Pengguna Facebook, Suhaili Abu Kassim, berkata Faizal sepatutnya menggunakan masa dan kebijaksanaannya untuk mengeluarkan idea membantu perdana menteri menguruskan situasi Covid-19, bukannya mempromosi semangkuk mi kari.

Menyatakan Faizal bertanggungjawab terhadap pembangunan sosio ekonomi, Suhaili berkata, video dimuat naik langsung tidak membantu usahawan dan timbalan presiden Bersatu itu sepatutnya menangani permasalahan dalam skop lebih besar.

Pengguna Facebook lain, Deen Keramat, berkata Faizal patut sama mempromosi kedai lain, bukan tertumpu kepada kedai menjual mi kari semata-mata.

“Bengkel automotif, kedai emas, tukang gunting rambut, dan banyak lagi kedai terjejas. Tanya Peja untuk buat promosi sama,” katanya merujuk nama singkatan kepada Faizal.

Sementara itu, beberapa wargenet mendakwa Faizal gagal menamakan kedai menjual mi kari berkenaan, dengan mengatakan banyak kedai menjual hidangan terbabit di Putrajaya.

Faizal dilantik sebagai penasihat khas kepada perdana menteri bertaraf menteri minggu lalu, yang mana tindakan itu mencetuskan kemarahan serta kritikan.

Rakyat mempersoalkan keperluan pelantikan itu membabitkan tambahan kewangan terhadap kerajaan, ketika negara sedang bergelut menguruskan kos dalam semua sektor.

Ketika mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu, Pejabat Perdana Menteri berkata beliau bertanggungjawab memberi nasihat kepada Muhyiddin Yassin membabitkan hal ehwal komuniti, masyarakat dan pembangunan sosio ekonomi. FMT

Peja dikecam netizen kerana video mee kari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya

Related Articles

One Comment

  1. Saya bukan penyokong PPBM namun pada pandangan saya, tiada yang cela berkenaan Tik Tok ini. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, yang bekerja dan yang berkerjaya, ada kalanya kita akan luangkan sedikit masa berlibur dan memaparkan kepada umum sisi kehidupan yang lain dan bersifat peribadi.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker