Budak parah, leher dan dada tertusuk besi

Budak parah, leher dan dada tertusuk besi

KOTA MARUDU – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila leher dan dadanya tertusuk besi ekoran terjatuh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tandek di Kampung Tandek hari ini.

Mangsa berusia lima tahun itu dipercayai terjatuh ketika berjalan bersama ibunya menuju ke sebuah kedai runcit berhampiran SK Tandek.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa terus bergegas menghantar kanak-kanak terbabit ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan ekoran besi yang tertusuk pada mangsa sukar untuk mengeluarkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.31 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke hospital. Anggota bomba bertugas berjaya memotong besi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa kini tidak dapat dipastikan kerana mangsa ditidurkan sewaktu operasi mengeluarkan besi itu dijalankan.Sebaik besi itu berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi. K Online

Budak parah, leher dan dada tertusuk besi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker