Adakah polis akan siasat Sanusi – Ramkarpal

Adakah polis akan siasat Sanusi – Ramkarpal

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menyoal sama ada polis harus menyiasat Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor atau tidak atas gurauan kontena mayat Covid-19 yang mencetuskan kontroversi.

Ini selepas polis menyiasat beberapa individu di seluruh negara kerana didakwa menghina Sanusi di media sosial.

“Apa yang luar biasa dalam hal ini, polis melakukan siasatan dengan pantas, bukan terhadap MB, tetapi kepada orang-orang yang jelas diprovokasi oleh kenyataannya,” kata Ramkarpal dalam kenyataan malam tadi.

Ramkarpal, yang juga ketua biro undang-undang nasional DAP berkata, walaupun Sanusi mendakwa kenyataannya itu sekadar gurauan dengan beberapa wartawan, menteri besar mesti sedar dia berada dalam sidang media dan kenyataannya akan disampaikan oleh media.

Memetik tuduhan terhadap pengkritik Sanusi, Ramkarpal mendakwa kenyataan MB itu mungkin juga bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan “sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.”

“Berdasarkan hal di atas, ada kemungkinan MB Kedah melakukan kesalahan di bawah seksyen 504 tersebut dan satu-satunya cara untuk menentukannya adalah dengan memanggilnya untuk tujuan siasatan.

“Adakah polis akan mengambilnya di rumahnya pada waktu pagi dan meminta perintah reman untuknya dari Mahkamah Majistret terdekat untuk tujuan penyiasatan, seperti yang mereka telah lakukan dalam kes warga emas dari Seremban itu?

“Dia (Sanusi) tidak mengatasi undang-undang dan polis perlu dilihat bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan segera menyiasatnya,” kata Ramkarpal. Mk

Adakah polis akan siasat Sanusi – Ramkarpal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker