Saifuddin tegur Sanusi buru pengkritik
Saifuddin tegur Sanusi buru pengkritik
Orang politik tak patut ‘buru’ pengkritik mereka, kata menteri
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata orang politik sepatutnya belajar untuk menerima hakikat bahawa mereka memiliki musuh.
Justeru katanya orang politik terbabit juga akan berdepan dengan situasi dia tidak disukai sesetengah pihak ketika pada masa sama ada yang memuji mereka.
Ada ketikanya, kata Saifuddin, orang politik perlu berdepan dengan pengkritik yang menggunakan bahasa yang kasar atau boleh dianggap melampau.
“Saya sentiasa percaya bahawa kita tidak wajar mengambil tindakan ke atas orang yang mengkritik kita sebagai orang politik.
“Sebagai ahli politik kita sepatutnya boleh membalas kritikan itu, atau jika tidak boleh, patut diam saja,” katanya semasa menjawab soalan media dalam sesi yang dilakukan secara maya hari ini.
Terdahulu Saifuddin ditanya pandangannya mengenai laporan polis yang dibuat pihak Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ke atas beberapa individu yang membuat kenyataan jelik baru-baru ini.
Sehingga kini empat orang sudah ditahan dan diambil keterangannya oleh polis sebelum dibebaskan.
Ia berlaku selepas Sanusi membuat permohonan maaf secara terbuka atas “gurauan kasar” mengenai isu pengurusan jenazah korban Covid-19 di Kedah dan penggunaan kontena sebagai tempat simpanan sementara mayat.
Selepas itu pegawai Sanusi membuat aduan kepada polis berkenaan kritikan yang dibuat orang awam kepada pemimpin kanan PAS itu, mendorong pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Baca Artikel Menarik :
Layari Laman Facebook MYKMU
Bekas exco Kedah dari Umno Shahanim Mohamad Yusoff adalah antara orang yang dipanggil polis untuk membantu siasatan ekoran ada komen jelik daripada netizen pada hantarannya di media sosial.
Saifuddin berkata selagi kritikan itu tidak melibatkan institusi raja, menghasut atau menyentuh sensitiviti agama, tidak perlu tindakan seumpama itu diambil.
“Saya selalu nyatakan bahawa kita pengamal demokrasi dan kita harus pandai hidup sebagai seorang demokrat.
“Saya tak pernah setuju sekiranya tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang mengkritik ahli politik.
“Tetapi berbeza dengan kritikan ke atas institusi raja atau menyentuh sensitiviti agama dan pekauman, itu kita tidak boleh berkompromi,” katanya.
Saifuddin juga memetik kata-kata penulis Evelyn Beatrice Hall ketika menggambarkan ahli falsafah, Voltaire, yang kemudian menjadi ungkapan popular kepada hak bersuara: “Saya tak bersetuju dengan apa yang anda katakan tapi saya akan pertahan hak anda untuk memperkatakan perkara tersebut.” Mk
Saifuddin tegur Sanusi buru pengkritik
You must be logged in to post a comment.