Zambry letak jawatan, jangan jual Subang Airport pulak

Sebaran :

Zambry letak jawatan, jangan jual Subang Airport pulak

Jangan pula selepas Zambry lepas jawatan, lapangan terbang dijual –

Jangan pula apabila Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), ada menteri membenarkan Lapangan Terbang Subang dijual kepada tauke hartanah.

Sindiran itu dibuat oleh veteran UMNO, TAn Sri Shahrir Samad selepas pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditangguhkan.

”Salah prosedur ke lantikan NC UiTM itu? Sampai KP KPT boleh tangguhkan?,” soal beliau.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Prof Dr Roziah Mohd Janor telah dilantik sebagai NC UiTM mulai 9 Ogos lalu hingga 11 Oktober 2023.

Surat pelantikan Roziah adalah pada 2 Ogos 2021, ditandatangani oleh Datuk Seri Noraini Ahmad, bekas Menteri Pengajian Tinggi yang telah melepaskan jawatan itu selepas menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, pelantikan Roziah ditangguhkan dalam sepucuk surat bertarikh 7 Ogos 2021, ditandatangani oleh Prod Datuk Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut surat berkenaan penangguhan itu dibuat sehingga keputusan baharu dibuat oleh kerajaan.

Penangguhan itu mengejutkan dan terdapat spekulasi kononnya wujud campur tangan politik. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Zambry letak jawatan, jangan jual Subang Airport pulak

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT


Sebaran :

Leave a Reply