Pegawai timbalan menteri meninggal dunia akibat Covid-19

Pegawai timbalan menteri meninggal dunia akibat Covid-19

Seorang pegawai yang bertugas di bawah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), Guandee Kohoi meninggal dunia akibat Covid-19.

Jaimin Samitah, pegawai tugas-tugas khas kepada senator berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang di Kuala Lumpur semalam.

Setiausaha sulit kanan timbalan menteri berkenaan, Ardino Diris mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini .

Menurut Ardino, Jaimin bertugas untuk Gandee di parlimen pada 26 hingga 29 Julai.

Dia pada mulanya diuji negatif apabila Dewan Rakyat ditangguhkan pada 29 Julai akibat terdapat penularan kes Covid-19.

Bagaimanapun Jaimin – yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin- mula mengalami gejala dan diuji positif Covid-19 empat hari kemudian.

“Pada 29 Julai dia (Jaimin) diuji negatif.

“Kemudian pada 30 Julai dia pergi ke Motac di Putrajaya seperti biasa tetapi merasa tak sihat. Dia kata dia mahu pulang dan berehat.

“Pada 31 Julai dia mengatakan berasa tidak sedap badan dan menjalani ujian swab RT-PCR […]. Pada 2 Ogos dia disahkan positif,” jelas Ardino.

Dia mengesyaki Jaimin dijangkiti virus itu semasa bertugas di parlimen tetapi tidak jelas apakah pegawai berkenaan adalah dari kluster Covid-19 parlimen.

Sebanyak 88 kes dikaitkan dengan kluster tersebut setakat 8 Ogos.

Ucapan takziah

Ketika dihubungi Ardino meluahkan rasa sedih pihaknya atas pemergian Jaimin.

“Kami benar-benar merasakan kehilangan Datuk Jaimin.

“Datuk Guandee juga sangat sedih kehilangan seorang yang berbakat dan baik hati,” katanya.

Pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (Star) lain turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Jemain yang juga merupakan anggota majlis tertinggi Star dan ketua bahagian Ranau itu.

“Pemergian beliau adalah kehilangan besar dalam Parti. Keperibadian beliau yang sentiasa ramah dan tidak pelit dengan senyuman akan diingati selamanya.

Anak-anak muda dalam Parti menganggap beliau sebagai mentor yang sentiasa memberikan tunjuk ajar. Mereka menyifatkan almarhum sebagai guru dan seorang sahabat yang meninggalkan mereka terlalu awal, ” menurut ucapan takziah di laman web Star.

Lembaga Kebudayaan Sabah (LKNS), di mana Jaimin sebelum ini adalah timbalan ketua, bersedih dengan kematiannya di Twitter.

Presiden Upko dan Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau berkata dia akan mengingati Jemain sebagai individu yang ceria.

“Datuk Jaimin adalah Timbalan saya semasa saya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Sebenarnya dia juga adalah waris isteri saya Datin Seri (Datuk) Dr. Jaina Sintian.

“Saya akan abadikan kenang kenangan keperibadian dia yang senang bergaul dengan senyuman namun tegas dalam pendirian.

“Kita kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak melabur jasa bakti kepada masyarakat, ”katanya dalam catatan Facebook.

Jaimin juga merupakan abang kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Sabin Samitah. Mk

Pegawai timbalan menteri meninggal dunia akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker