Tok Mat mahu MKT, ahli Parlimen bersatu

Tok Mat mahu MKT, ahli Parlimen bersatu. UMNO Negeri Sembilan menggesa supaya hubungan di antara Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli Parlimen daripada parti itu dapat disatukan demi kepentingan parti dan negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan melalui kenyataannya pada Selasa turut berharap UMNO diberi mandat oleh rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mohamad berkata, pihaknya juga menyokong penuh ketetapan yang diputuskan oleh MKT yang bersidang pada 3 Ogos lepas.

“Kami juga menjunjung titah dan berpihak tanpa berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ia sesuai dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno iaitu mendukung dan mempertahankan Perlembagaan negara, Perlembagaan negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, MKT UMNO membuat ketetapan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tok Mat mahu MKT, ahli Parlimen bersatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beza budaya politik Cina dan Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker