Muhyiddin pernah tawar jawatan TPM kepada Tok Mat

Sebaran :

Muhyiddin pernah tawar jawatan TPM kepada Tok Mat

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Mohamad Hasan namun pemimpin No 2 Umno itu menolaknya.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, Mohamad yang lebih dikenali Tok Mat, menolak tawaran itu kerana menghormati keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak mahukan jawatan TPM lagi, kata beliau.

“Betul, saya menyatakan ia memang betul (Mohamad) tolak (jawatan TPM) kerana menghormati keputusan dibuat parti,” katanya menerusi soal jawab di NR Channel TV malam tadi.

Ahmad Maslan tidak menyatakan bila Muhyiddin menawarkan jawatan itu kepada Mohamad.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Namun beliau berkata, pada Oktober lalu, parti itu pernah mencadangkan supaya Muhyiddin memberikan jawatan TPM kepada Umno selain mengusulkan beberapa perkara bagi menangani beberapa krisis negara.

“Saya diarah bersama Tengku Adnan Tengku Mansor mewakili Umno berunding dengan Perdana Menteri pada bulan Oktober. Ada beberapa perkara kita sebut. Pertama kena ada Majlis Presiden; kedua selesai Covid-19; ketiga baiki ekonomi; keempat segera PRU jika keadaan pulih; kelima jawatan TPM pada Oktober,” kata Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan berkata, Muhyiddin tidak melayan permintaan bersabit jawatan TPM itu sehingga bulan lalu.

Menurut beliau, Muhyiddin tiba-tiba memberikan jawatan itu kepada Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob beberapa jam sebelum Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya pada 7 Julai lalu.

“Sehingga beberapa jam sebelum kita tarik sokongan, baharu diberi. Ini kawan (jenis) apa?” soal Ahmad Maslan. FMT

Muhyiddin pernah tawar jawatan TPM kepada Tok Mat

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT


Sebaran :

Leave a Reply