Covid-19 : 19991 kes baharu, naik semula

Covid-19 : 19991 kes baharu, naik semula

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 19,991 kes harian baharu Covid-19 baharu, menjadikan jumlah jangkitan adalah 1,299,767 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,338 kes.

Lebih membimbangkan, kes di Lembah Klang yang susut dalam tempoh beberapa hari ini kembali menunjukkan peningkatan.

Di Selangor, sebanyak 7,338 jangkitan baharu telah dikesan, peningkatan hampir 2,000 kes berbanding 5,740 yang dilaporkan semalam.

Penularan baharu turut dikesan di Kuala Lumpur yang naik kepada 2,374 hari ini.

Jangkitan COVID-19 di Kedah juga menyaksikan lonjakan membimbangkan sehingga mencecah 1,830 kes.

Peningkatan penularan turut dikesan di kebanyakan negeri lain termasuk Johor dan Sabah yang masing-masing merekodkan 1,344 serta 1,383 kes hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu di Kelantan turut naik sehingga melebihi paras 1,000 hari ini.

Baca artikel berkaitan: 17,236 kes baharu, Lembah Klang turun, P. Pinang naik

Sebanyak 1,030 kes telah dikesan di Kelantan, naik berbanding 914 semalam.

Kes baharu di Sarawak turut melonjak kepada 836 sementara Perak pula merekodkan 953 jangkitan.

Melaka juga mencatatkan peningkatan penularan COVID-19 kepada 578 kes, peningkatan 218 kes berbanding semalam.

Walau bagaimanapun, beberapa negeri menyaksikan penurunan kes baharu dengan penyusutan ketara dicapai di Negeri Sembilan yang merekodkan 564 jangkitan berbanding 1,215 semalam.

Penurunan juga dikesan di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu yang masing-masing mencatatkan 743, 539 dan 378 kes baharu.

Putrajaya dan Perlis pula kekal melaporkan dua angka kes baharu iaitu 76 dan 24 jangkitan.

Hanya satu kes dikesan di Labuan.

Berikut pecahan kes baharu mengikut negeri:

Sehingga 10 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,991 kes (1,299,767 kes).

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344), Kelantan (1,030), Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan (1).

Berita lanjut menyusul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Covid-19 : 19991 kes baharu, naik semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker