Restoran Khas Untuk Semut Curi Perhatian Netizen [VIDEO]
Restoran Khas Untuk Semut Curi Perhatian Netizen
Seorang pemilik akaun di laman TikTok menarik perhatian umum apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang dibina di atas sebuah kadbod, lapor Suara.com.
Menerusi akaun @antrestaurants, rakaman video memaparkan sekeping kadbod yang diletak di atas tanah tertera tulisan ‘Restoran Semut’ dan lapan jenis makanan yang biasa dikerumuni serangga itu.
Antara makanan yang diletak pada kadbod itu adalah keju, madu, sirap, coklat Nutella dan agar-agar manis.
“Ternyata menu paling popular di restoran ini adalah keju kerana ia paling banyak dikerumuni ‘pelanggan’.
“Makanan manis seperti madu dan Nutella seperti tidak mendapat sambutan hangat,” tulis keterangan video.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress xY6NASrw]Idea kreatif pemilik akaun itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pelbagai idea untuk pembukaan ‘cawangan’ baharu.
“Jangan lupa buka restoran untuk buaya ya. Nanti saya suruh bekas kekasih (buaya merujuk kaki perempuan) datang makan di situ,” tulis seorang pengguna media sosial. – Agensi
Restoran Khas Untuk Semut Curi Perhatian Netizen
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU