Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Seorang pemimpin Umno mengecam seorang Ahli Parlimen partinya kerana menuduh presiden mereka, Ahmad Zahid Hamidi, ingkar titah Yang di-Pertuan Agong berhubung majoriti Perdana Menteri di Parlimen.

“Nazri jangan hipokrit dan menjadi penyokong Muhyiddin yang membabi buta,” kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi.

Ini susulan tindakan Nazri mempersoalkan Zahid yang menegaskan bahawa Muhyiddin Yassin tiada sokongan majoriti di Parlimen.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Agong telah memberi perkenan kepada Muhyiddin untuk menentukan sokongan terhadapnya menerusi undi percaya di Dewan Rakyat pada September.

Puad berkata, kritikan Nazri terhadap Zahid, yang memetik penyerahan akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen Umno ketika mempersoalkan majoriti Perdana Menteri, bersifat hipokrit.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Sebelum ini, beliau juga yang beria-ia menghantar surat kepada Agong, kononnya 25 Ahli Parlimen Umno menyokong Hishamuddin (menjadi jurucakap mereka),” katanya kepada FMT.

“Maka kenapa Nazri mempersoalkan tindakan Zahid menghantar SD 14 Ahli Parlimen Umno secara berperingkat kepada Agong?”

Kata Puad, asas Ahli-ahli Parlimen menarik sokongan kepada Perdana Menteri adalah kukuh, iaitu kerana Muhyiddin dan kerajaamnya dianggap menderhaka kepada Agong berhubung pembatalan Ordinan Darurat sehingga menimbulkan kemurkaan dan rasa dukacita baginda.

Beliau mempertahankan hak Zahid untuk mempersoalkan majoriti Perdana Menteri, dengan berkata, ia adalah isu penting dalam amalan demokrasi.

“Mana ada maruah sebuah kerajaan memerintah jika majoritinya diragui,” katanya.

Puad berkata, jika Muhyiddin yakin dengan majoriti dimilikinya, beliau sudah membentangkan Ordinan Darurat semasa sidang khas Dewan Rakyat untuk dibahaskan dan diundi.

“Kalau usul undi percaya itu adalah cadangan Perdana Menteri sendiri, maka saya cabar agar usul itu disegerakan pada minggu depan,” katanya, sambil menambah, Nazri juga harus mendesak Muhyiddin untuk berbuat demikian.

“Kenapa tunggu lama? Sedangkan banyak pihak beranggapan ia akan menyebabkan defisit kepercayaan yang semakin teruk melanda negara. Pelabur semakin lari dan kehidupan rakyat semakin susah.” FMT

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker