NUBE bantah tindakan HSBC laksana VSS, MSS

SHAH ALAM – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) membantah tindakan HSBC Bank Malaysia (HSBC) mengumumkan pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan Skim Pemisahan Bersama (MSS).

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, seramai 600 pekerja membabitkan golongan B40 dan M40 bakal terjejas apabila HSBC menawarkan skim VSS dan MSS kali ketiga dalam tempoh enam tahun bank itu menawarkan pilihan tersebut.

Menurut beliau, NUBE melihat skim tersebut tidak adil dan tidak berperikemanusiaan kepada ratusan pekerja yang sudah menerima kesan akibat pandemik Covid-19.

“Kami menganggap HSBC tidak mengikut prosedur yang betul apabila bertegas untuk mengumumkan pelaksanaan VSS dan MSS pada 3 Jun 2021 atas alasan penyusunan semula fungsi dan rancangan penutupan tujuh buah cawangan di seluruh negara.

“NUBE percaya rancangan penyusunan semula dan penutupan cawangan ini tidak muncul semalaman sebaliknya sudah pasti melibatkan satu perancangan berbulan dan bertahun lamanya.

Akmal jangan fokus pada logo PKR saja – Anthony Loke

“NUBE berpegang kepada pendirian bahawa perincian perancangan ini seharusnya telah diberikan untuk kepentingan setiap pemegang taruh, terutama pihak berkepentingan iaitu pekerja dan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Solomon, memandangkan HSBC memperoleh keuntungan secara berterusan, penyusunan semula perlu meningkatkan tenaga kerja atau meningkatkan faedah bagi pekerjanya selain melatih dan menambah baik skil pekerja supaya bersedia untuk industri perbankan yang sedang berkembang.

Untuk rekod, Solomon menjelaskan, NUBE telah memberi saranan dalam dua pertemuan dengan HSBC pada 25 dan 28 Mei lalu namun bank itu tetap meneruskan tindakannya.

Dalam pada itu, pihaknya turut mendakwa pemberhentian pekerja bertentangan dengan norma dan Perjanjian Kolektif yang mengikat bank tersebut dan NUBE.

“Tindakan HSBC juga bertentangan dengan Kod Tatalaku Keharmonian Industri, amalan-amalan terbaik, serta layan adil dan saksama kepada pihak-pihak berkepentingan.

“Di sebalik pelanggaran ini, kerajaan telah memberikan kelulusan kepada HSBC untuk melaksanakan VSS dan MSS terutama ketika penguatkuasaan ‘lockdown’ penuh sekarang,” katanya.

Jelas beliau, meskipun HSBC bertindak bertentangan dengan semangat Perjanjian Kolektif, NUBE masih bersikap optimis dan akan terus terbuka dalam memastikan bank itu mengutamakan kebajikan pekerja terutama ahli NUBE.

“NUBE meminta ahli yang terjejas dengan tindakan unilateral HSBC ini bertenang kerana kami akan terus berjuang bagi memastikan hak dan kepentingan mereka terus terjaga terutama ketika kita berhadapan dengan detik paling sukar ekoran krisis kesihatan Covid-19,” katanya.

Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik

NUBE bantah tindakan HSBC laksana VSS, MSS


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker