Ahli Parlimen Umno belakangi parti berdepan risiko digantung, dipecat
Ahli Parlimen Umno belakangi parti berdepan risiko digantung, dipecat. Ahli Parlimen Umno yang membelakangi parti untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko tindakan disiplin, kata pemimpin parti yang memberi amaran.
Pemimpin yang enggan didedahkan itu berkata, perlembagaan Umno telah menetapkan bahawa setiap ahli harus mengikut peraturan dan taat kepada setiap keputusan parti.
“Mereka yang melanggarnya sama ada boleh digantung, dipecat atau dihalang memegang apa-apa jawatan dalam parti atau dilarang dalam mewakili parti dalam pilihanraya,” katanya pemimpin itu kepada FMT.
“Perlembagaan jelas mengenai pematuhan setiap tatacara dan dasar parti.”
Amaran itu diberikan susulan dua Ahli Parlimen Umno, Idris Jusoh dan Ismail Abd Muttalib yang mengisytiharkan mereka akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dua hari lalu, Umno menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan PN dan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi turut mendedahkan beberapa Ahli Parlimen sudah menandatangani akuan berkanun (SD) bahawa mereka menarik sokongan kepada Muhyiddin.
Difahamkan, Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diberikan surat tunjuk sebab.
Komen sumber itu turut menyuarakan sentimen dua ketua bahagian itu dan memberi amaran supaya Ahli Parlimen mematuhi peraturan parti dan taat kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Keputusan penarikan sokongan kepada PN dilakukan tidak sampai sebulan selepas Umno secara rasminya menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Ia menyebabkan pentadbiran Muhyiddin dalam keadaan goyah apabila beliau didakwa telah hilang majoriti.
Umno mempunyai 38 Ahli Parlimen termasuk mereka yang dilantik dalam Jemaah Menteri.
Pakatan Harapan mempunyai 88 Ahli Parlimen manakala Pejuang pula empat orang, dengan gabungan pembangkang dan parti pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang menentang PN.
Bagaimanapun, Muhyiddin tetap menegaskan beliau memiliki majoriti dan berjanji kerajaannya akan membentangkan usul percaya di Dewan Rakyat bulan depan untuk menguji sokongan majoritinya.
Ahli Parlimen Umno belakangi parti berdepan risiko digantung, dipecat
Baca Artikel Menarik :
- Pandelela cemas kepala hampir terkena platform
- Saya dan Dhabitah sudah lama berpisah
- Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi
- Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan
- Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Yang Disita Bernilai RM114 juta
- Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM
- Horse-trading for the PM’s post, Muhyiddin keep fighting
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.