Wee kata MCA tiada pilihan sokong PN yang terbaik

Wee kata MCA tiada pilihan sokong PN yang terbaik. Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA tidak mempunyai pilihan lain kecuali terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin walaupun majoritinya semakin goyah, kata seorang penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, MCA yang mempunyai dua kerusi Parlimen, iaitu Ayer Hitam dan Tanjung Piai, perlu bertahan “sebanyak mana dan selama mana yang boleh”.

Beliau berkata, tiada kepastian mengenai rakan kerjasama Umno seterusnya.

Penarikan sokongan Umno kepada PN dibuat minggu ini susulan dakwaan bahawa Muhyiddin mengelirukan Yang di-Pertuan Agong berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

“Bagaimana jika Umno merancang untuk berpakat dengan DAP? Jika begitu, MCA mungkin tidak mendapat banyak lantikan politik seperti sekarang,” kata Oh.

Katanya, Muhyiddin bermurah hati kepada MCA dengan melantik kedua-dua Ahli Parlimen parti itu dalam kerajaan, iaitu presidennya, Wee Ka Siong sebagai menteri manakala Wee Jeck Seng sebagai timbalan.

Bagaimanapun, Oh berkata, sokongan itu akan memberi kesan dalam pilihan raya umum akan datang kerana MCA tidak boleh bergantung kepada akar umbi PN untuk mendapat undi, yang terdiri daripada Bersatu dan PAS.

Katanya, secara realistik, MCA tidak mempunyai peluang jika berdepan dengan DAP.

“Sejak tahun lalu, adakah mereka melakukan sesuatu (untuk memenangi sokongan komuniti Cina)? Tidak banyak yang kita dengar.

“Malah Bersatu juga tidak boleh bergantung kepada akar umbi PAS, terutama untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu, apatah lagi MCA?

“Mereka tidak ada harapan dalam pilihan raya umum akan datang. Tidak ada langsung.”

Veteran MCA Yap Pian Hon berkata, parti itu tidak ada pilihan tetapi terus menyokong kerajaan memandangkan buat masa ini tidak ada parti mempunyai majoriti yang meyakinkan.

“Malah sekarang pun, Bersatu pimpinan Muhyiddin tidak boleh mengawal Parlimen, melainkan ia bekerjasama dengan rakan lain. Jika tidak, tidak ada satu parti pun yang berkuasa dalam kerajaan. Apa yang MCA boleh buat? Ini adalah dilema yang dihadapi mereka.”

Katanya, kepimpinan parti harus mengekalkan sokongan terhadap kerajaan kerana ia adalah satu-satunya wakil Cina dalam kerajaan gabungan.

“Kita tidak boleh membiarkan kepentingan komuniti Cina terpinggir daripada arus perdana,” katanya.

Yap berkata, MCA hanya boleh “melakukan yang terbaik” dalam pilihan raya nanti, selain menambah bahawa ereka mungkin “mempunyai peluang lebih baik” jika berdepan dengan DAP.

“Kita mempunyai peluang baik, komuniti Cina dalam dilema. Mereka melihat situasi politik dalam DAP sekarang…malah mereka tidak dapat mewakili kepentingan orang Cina sepenuhnya ketika 22 berada dalam kerajaan.”

Wee kata MCA tiada pilihan sokong PN yang terbaik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail Sabri tegaskan 31 Ahli Parlimen kekal sokong kerajaan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker