Razlan Rafii pula letak jawatan

Razlan Rafii pula letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah LTAT

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam satu kenyataan, beliau berkata keputusan itu dibuat sebagai menghormati dan mentaati keputusan parti yang menarik sokongan kepada kepimpinan kerajaan Muhyiddin Yassin.

“Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga LTAT,” katanya

Dalam kenyataan sebentar tadi, Razlan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Ismail Sabri yang melantiknya ke jawatan itu sebelum ini.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada warga kerja LTAT yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya.

Selain Razlan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin juga telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad, selepas dimulakan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan memberi gambaran lebih ramai menteri daripada Umno akan meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam, sehingga hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Razlan Rafii pula letak jawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker