Panggil sidang khas jika kamu ada angka

Panggil sidang khas jika kamu ada angka, PM diberitahu

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya perlu memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat khas dan membuktikan majoritinya daripada menunggu sidang Parlimen pada September sekiranya beliau benar-benar mempunyai sokongan seperti didakwa, kata seorang penganalisis.

Bekas ahli akademik Azmi Hassan memberitahu FMT, tindakan itu baik untuk imejnya, kerana menunda undi percaya hingga September hanya akan menyebabkan rakyat Malaysia berspekulasi bahawa “ada sesuatu yang tidak kena”.

“Sekiranya benar-benar yakin mempunyai majoriti seperti yang beliau katakan kepada Agong, beliau perlu memanggil Mesyuarat Khas Parlimen hanya untuk satu atau dua jam bagi menyelesaikan masalah ini secara muktamad.


“Semakin lama berlarutan, kerajaan sedia ada tidak akan dapat fokus dalam menangani pandemik. Apa yang kita mahukan adalah pemerintahan yang stabil dan Perdana Menteri yang dapat memberikan sepenuh perhatian dalam menangani pandemik.

“Jika tidak, untuk tempoh enam minggu akan datang, pandemik kembali dikebelakangkan (untuk urusan politik), yang akhirnya akan memudaratkan kesihatan rakyat,” katanya.

Mengulas dakwaan terbaru Ahmad Zahid Hamidi bahawa Perdana Menteri tidak lagi memiliki majoriti, Azmin mengandaikan bahawa desakan Muhyiddin beliau masih mempunyai sokongan mungkin mengambil kira sokongan daripada Ahli Parlimen Umno yang berpaling tadah.

Beliau menjangka kuncinya adalah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang, sambil menambah bahawa pembangkang perlu keluar dan menyatakan sama ada semua Ahli Parlimen mereka menentang Muhyiddin. Semua parti sudah mengatakannya tetapi Ahli Parlimen individu mungkin memilih sebaliknya.

“Hanya jika semua menyatakannya baru dapat dibuktikan tanpa keraguan bahawa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti. Saya mengesyaki ada beberapa Ahli Parlimen PH atau Pejuang yang menandatangani akuan berkanun menyokong Muhyiddin,” katanya.

Sambil menegaskan Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat, Zahid berkata beliau telah menyampaikan kepada Agong lebih banyak akuan berkanun Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan kepada kerajaan, namun tidak menyatakan bilangannya.


Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, dakwaan Zahid itu tidak mungkin akan menggugat Perdana Menteri dan kerajaannya, kecuali jika lebih ramai Ahli Parlimen Umno mengumumkan keluar dari kerajaan.

Beliau menambah,imej Muhyiddin atau Zahid mungkin akan tercemar kerana gagal menyatakan kebenaran kepada Agong apabila masa mendedahkan keadaan sebenar menjadi lebih jelas.

Sementara itu, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, memiliki lebih banyak akuan berkanun tidak memberi banyak makna, sambil menambah bahawa pembangkang harus membuktikan mereka mempunyai majoriti daripada mendesak Muhyiddin membuktikan bahawa beliau memilikinya.

“Baru-baru ini, kita banyak mendengar mengenai krisis Perlembagaan. Saya tertanya-tanya peruntukan mana dalam Perlembagaan yang menyatakan seorang Perdana Menteri harus mengundurkan diri kerana akuan berkanun,” katanya.

“Mungkin mereka harus fokus pada pandemik dan kesejahteraan rakyat pada persidangan Parlimen bulan depan, yang tentunya adalah cara yang terbaik membuktikan sama ada Muhyiddin mempunyai majoriti atau tidak.” FMT

Panggil sidang khas jika kamu ada angka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker