Mahathir bidas Muhyiddin, gesa adakan segera ‘Undi Percaya’

 

Mahathir bidas Muhyiddin, gesa adakan segera ‘Undi Percaya’

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad, menggesa sidang Parlimen perlu diadakan segera, berikutan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, sudah tidak mempunyai sokongan majoriti.

Beliau berkata, ini susulan penarikan lapan Ahli Parlimen Umno diumumkan Selasa lalu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

“Waktu ini, Muhyiddin sudah tidak ada majoriti dan macam mana boleh kekal jadi perdana menteri.

“Muhyiddin perlu adakan sidang Parlimen segera supaya dapat tentukan sama ada beliau mempunyai majoriti atau tidak,” katanya pada sidang media secara maya selepas Mesyuarat mingguan Pejuang.

Semalam, dalam satu perutusan khas, Muhyiddin menegaskan beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia menghadapi usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, bulan depan.

Muhyiddin membuat pengumuman itu setelah memaklumkan kepada Agong pada pagi semalam, bahawa beliau mempunyai sejumlah surat akuan daripada Ahli Parlimen membuktikan masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pejuang menyatakan pendirian tegas untuk tidak menyokong Muhyiddin dan kerajaan PN.

Mahathir berkata, Muhyiddin juga masa ini tidak mengikut Perlembagaan kerana tidak mempunyai majoriti.

Beliau berkata, Muhyiddin juga boleh mengadakan sidang Parlimen secara hibrid menentukan keabsahannya sebagai perdana menteri pada waktu Covid-19.

Sementara itu, Mahathir juga berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Ahli Parlimen nanti untuk menentukan perdana menteri baharu yang boleh dilantik sekiranya dibuktikan Muhyiddin sudah tidak ada majoriti.

“Terpulang kepada Agong dan Ahli-Ahli Parlimen. Kalau Ahli Parlimen bagi majoriti pada Umno, sudah tentu Umno akan memerintah.

“Kalau tidak ada sapa dapat majoriti, terpulang kepada Agong. Sebab pilihan raya buat masa sekarang tidak boleh diadakan,” katanya.

Mahathir bidas Muhyiddin, gesa adakan segera ‘Undi Percaya’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri mahu Zahid dikenakan tindakan disiplin dan letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker