Faizal Azumu dilantik penasihat bertaraf menteri

‘Hilang’ jawatan MB, Faizal Azumu dilantik penasihat bertaraf menteri kepada Muhyiddin

Satu poster ucapan tahniah kepada Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu atas pelantikan sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini tular.

Dalam poster itu, Bersatu Bahagian Kota Bharu mengucapkan tahniah kepada Faizal atas pelantikan ke jawatan berkenaan, bagaimanapun tidak diketahui bila pelantikan itu dibuat.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) belum memberi maklum balas atau pengesahan mengenai perkara itu, sementara Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan memberitahu FMT dia akan menghubungi PMO.

Bagaimanapun, ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman dalam teksnya kepada FMT, mengesahkan ia benar.

Sumber kerajaan yang boleh dipercayai juga memberitahu FMT bahawa Faizal dilantik sebagai penasihat khas Muhyiddin.

Ini akan menjadi pelantikan “bertaraf menteri” ketiga oleh Muhyiddin, selepas Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing yang dijadikan Duta Khas ke China dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dilantik Duta Khas ke Timur Tengah.

Faizal juga akan menjadi penasihat khas kedua Muhyiddin, selepas Dr Jemilah Mahmood, yang dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri untuk kesihatan awam

Ahli Parlimen Tambun itu sebelum ini adalah Menteri Besar Perak sebelum digulingkan dalam undi percaya di DUN Disember lalu. Beliau digantikan oleh Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad. FMT

Sementara itu PMO telah mengesahkan pelantikan Faizal Azumu sebentar tadi.

Faizal Azumu dilantik penasihat bertaraf menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lawan Pengkhianat Dalam Pengkhianatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker