Warisan tegas tak sokong PN, mengapa September

Warisan tegas tak sokong PN, persoal mengapa September

Parti Warisan Sabah (Warisan) tegas dengan keputusannya tidak menyokong arus Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua ahli Parlimen parti itu bersepakat mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

“Semua ahli Parlimen Warisan utuh dan kuat untuk meminta supaya Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya berundur dengan penuh hormat.

“Sebarang berita atau laporan yang disebarkan mendakwa Warisan menyokong PN adalah palsu dan berniat jahat,” katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyembah maklum bahawa dirinya masih mempunyai majoriti dan akan kekal memegang jawatan perdana menteri.

Muhyiddin juga menjelaskan beliau bersedia untuk melalui usul undi percaya dalam persidangan Parlimen yang dijangka diadakan pada September ini.

Menurut Mohd Shafie, persidangan Parlimen untuk mengadakan undi itu haruslah diadakan secepat mungkin.

“Dengan merujuk kepada proses Parlimen, kami menuntut Parlimen seharusnya bersidang segera untuk menunjukkan sama ada Muhyiddin memang mempunyai sokongan di Dewan Rakyat.

“Itu akan menjernihkan keadaan malah tidak perlu menunggu hingga September nanti,” katanya.

Pendirian Warisan turut disokong Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Sri Aman, Dato ‘Masir Anak Kujat; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Shafie menjelaskan, sebab utama usul dan keyakinan terhadap Perdana Menteri harus menjadi isu yang dibahaskan dalam sesi terdekat ini.

“Perkara ini harus dibuktikan secepat mungkin kerana ia tidak boleh mengganggu isu lain seperti mengenai Rancangan Malaysia ke-12 dan belanjawan yang akan dibincangkan dalam sesi parlimen yang dijadualkan pada bulan September,” ujarnya. Utusan

Warisan tegas tak sokong PN, persoal mengapa September


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker