Janji Muhyiddin hanya cakap kosong jika tiada tindakan

Janji Muhyiddin hanya cakap kosong jika tiada tindakan, kata penganalisis

Seorang penganalisis politik melihat perutusan terbaru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin “tidak bermakna” melainkan beliau bertindak ke atas apa yang diucapkannya.

“Ia hanya cakap semata-mata,” kata Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.


Oh juga mendakwa Muhyiddin kini “terkenal” kerana menggunakan pelbagai taktik untuk menangguhkan, membatalkan, menunda persidangan Parlimen.

Katanya, biarpun Parlimen akan dibenarkan bersidang, usul undi percaya biasanya akan dibuat pada penghujung agenda.

“Kerajaan yang sengaja mengelirukan Parlimen dengan kekebalan yang ada, tidak ada lagi kredibiliti yang masih tinggal apatah lagi daripada kata-kata seorang perdana menteri yang berulang kali mengelak usul percaya,” katanya.

Muhyiddin mengumumkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri biarpun menerima tekanan daripada Umno dan parti pembangkang lain yang mahunya berbuat demikian.

Dia bertegas masih mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat selain kerajaan akan membentangkan usul percaya di September ini untuk menguji keabsahannya.


Ahli akademik Azmi Hassan berkata Muhyiddin tidak mempunyai “pilihan lain” tetapi menguji keabsahan di Parlimen selepas lapan Ahli Parlimen Umno menghantar surat kepada Speaker memaklumkan mereka menarik sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri.

Mengambil kira bahawa Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan penjelasan Muhyiddin, Azmi berkata adalah lebih baik untuk menunggu sehingga September ini bagi membolehkan Ahli Parlimen membuat keputusan terhadap masa depan negara.

“Sudah tentu, apa saja boleh berlaku terhadap perkembangan politik Malaysia dalam tempoh sebulan memandangkan Ahli Parlimen boleh mengubah kedudukan mereka hanya dalam beberapa minit,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, dia berkata, adalah penting untuk kerajaan mengembalikan fokus dalam memerangi pandemik terutama pelaksanaan usaha pemberian vaksin kepada rakyat. FMT

Janji Muhyiddin hanya cakap kosong jika tiada tindakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker