Tiada bukti serangan di Tak Bai dilancar dari Malaysia
Tiada bukti serangan di Tak Bai dilancar dari Malaysia
Polis Kelantan menepis dakwaan insiden tembak-menembak di antara tentera Thailand dan kumpulan pemisah di Tak Bai, Narathiwat, awal pagi semalam berpunca dari Malaysia.
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat dakwaan dibuat pihak berkuasa negara jiran itu adalah tidak berasas malah tiada sebarang bukti dikemukakan.
“Polis sudah menjalankan siasatan di lokasi yang didakwa tentera Thailand namun tidak menjumpai sebarang bukti iaitu kelongsong peluru dan kesan tembakan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu hari ini.
Semalam media melaporkan seorang anggota renjer Thailand maut dan empat lagi parah dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai kira-kira jam 2.20 pagi.
Komander Tentera Bahagian Ke-4 Left Jen Kriangkrai Srirak berkata kumpulan lelaki bersenjata itu melontar sekurang-kurangnya 10 butir bom paip dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pos kawalan berkenaan.
Katanya ada lapan anggota renjer bertugas di pos terbabit.
Sementara itu Shafien berkata, lokasi kejadian iaitu di pos tentera Thailand adalah bertentangan dengan pangkalan haram Ikan Kering, Kampung Kubang Pak Itam, Pasir Mas.
Katanya jarak yang memisahkan kedua-dua kawasan sejauh lebih kurang 40 meter.
Sehubungan itu, impak serangan – iaitu bunyi tembakan dan letupan bom – didengari penduduk di beberapa kampung di Malaysia iaitu Kampung Kubang Pak Itam, Kampung Meranti, Kampung Bakong dan Kampung Jeram Perdah.
“Kejadian itu dipercayai berlaku selama 45 minit yang mengakibatkan satu kematian dan empat cedera di pihak tentera Thailand.
“Susulan kejadian itu, polis Kelantan memperketat kawalan di sepanjang sempadan di antara kedua-dua negara dengan melakukan pemantauan secara berterusan,” jelasnya. Mk
Tiada bukti serangan di Tak Bai dilancar dari Malaysia
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin kekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU