Dhabitah sudah dimiliki, pasti ramai yang kecewa

Dhabitah sudah dimiliki, pasti ramai yang kecewa

Hati saya sudah dimiliki – Dhabitah

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meledak di media sosial kerana komited dan gara-gara senyuman menawannya.

Bagaimanapun segelintir lelaki pasti kecewa apabila mengetahui bahawa atlet berusia 22 tahun itu dikatakan sudah mempunyai kekasih hati.

Pengakuan itu dikongsi menerusi temuramah dengan sebuah stesen radio baru-baru ini apabila menjawab pertanyaan sama ada senyuman berkenaan sudah ‘dijaga’ oleh seseorang.

“OKlah, saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya),” kata atlet berasal dari Kuala Lumpur itu walaupun teragak-agak untuk menjawab.

Memetik laporan majalah Nona tahun lalu, Dhabitah atau mesra dipanggil Bita ada berkongsi foto di laman Instagram ketika sambutan hari lahirnya di samping teman lelaki yang juga pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Azhar Apandi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mereka masih menjalin hubungan cinta atau sebaliknya kerana tiada gambar bersama di Instagram masing-masing. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Dhabitah sudah dimiliki, pasti ramai yang kecewa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker