Baby Shima kena kecam kerana bertatu?

Baby Shima kena kecam kerana bertatu?

Penyanyi, Baby Shima sekali lagi telah mengundang kecaman dan kritikan netizen kerana didakwa terlalu seksi.

Isu seksi ini bukanlah kali pertama berlaku malah artis ini didakwa telah lali dan buat bodoh sahaja dengan segala tohmahan dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Terbaharu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkongsikan video dirinya bersama dengan seorang selebriti media sosial di Instagram dan telah menerima kecaman daripada pengikutnya.

Baby Shima yang turut menulis kapsyen, “hmm lemah lemah.”

Melihat perkongsian yang dibuat oleh Baby Shima, dia didakwa terlalu seksi kerana mengenakan pakaian yang kurang sopan serta telah mendedahkan bahagian pehanya.

Lantaran itu, pengikutnya telah mengecam Baby Shima kerana mendakwa tidak menjaga aurat dan imej selaku wanita beragama Islam.

“Astaghfirullahalazim jangan pakai macam tu kak

“Kubur masing-masing kan hm lemah

“Tak ada baju yang elok ka,” komen pengikutnya.

Apa yang mengejutkan lagi, dalam hantaran tersebut telah memperlihatkan Baby Shima mempunyai tatu pada badannya.

Pengikutnya telah menyedari kewujudan tatu tersebut kerana telah terlihat tulisan Baby Shima pada bahagian atas dadanya.

Perkara ini telah menimbulkan seribu persoalan oleh pengikutnya mengenai adakah benar Baby Shima mencacah tatu pada badannya?.

“Tatu ka tu?

“Sekarang baru kita tahu bahawa kak shima ada tatu

“Awak ade tatu ke?” komen pengikutnya lagi.

Meskipun begitu, dakwaan dan persoalan ini belum lagi terjawab kerana penyanyi ini tidak memberikan sebarang komen balas kepada pertanyaan yang dibuat oleh pengikutnya itu. Wy

Baby Shima kena kecam kerana bertatu?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker