Abang Johari sifatkan ‘Tindakan PM’ cukup berani
Abang Johari sifatkan ‘Tindakan PM’ cukup berani. Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentangkan usul undi percaya pada Sidang Dewan Rakyat, September ini bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri disifatkan tindakan yang cukup berani.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia kerana keputusan itu menunjukkan Muhyiddin bersedia menerima akibatnya jika beliau gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Kata Abang Johari, tindakan Muhyiddin itu juga dilihat bijak bagi meredakan pergeseran politik ketika negara sedang menangani wabak COVD-19.
“Dalam hal ini saya rasa kita menyokong pendirian Perdana Menteri untuk membawa usul ke Dewan Rakyat dan meyakinkan sama ada beliau mempunyai sokongan majoriti atau tidak.
“Saya rasa itulah keputusan yang baik untuk negara kita,” katanya kepada media selepas majlis Pelancaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 (BKSS 7.0) dan Simbolik Penyerahan BKSS 6.0 di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, keputusan Muhyiddin itu tepat kerana kepentingan dan kesihatan rakyat harus menjadi keutamaan.
Abang Johari turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang mendesak (peletakan jawatan) tidak mahu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Lagi satu, penggal Dewan Rakyat kini kurang dari dua tahun, jadi kenapa pihak yang mendesak itu tidak mahu menunggu sehingga PRU-15. akan datang,” katanya.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, GPS sudah menetapkan pendirian bahawa Malaysia harus mempunyai kerajaan yang stabil dalam menangani pandemik Covid-19.
Katanya, GPS akan terus memberi sokongan kepada Muhyiddin untuk menerajui pentadbiran negara dan usul percaya yang akan dibawanya ke Dewan Rakyat bulan depan menepati Perlembagaan negara..
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
Zahid cabar Muhyiddin panggil Sidang Khas segera buktikan majoriti