Tiada kejadian mayat pesakit Covid-19 masih hidup
Tiada kejadian mayat pesakit Covid-19 masih hidup, kata KKMM
Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia, namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup.
Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam tadi berkata, HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini tular mesej yang mendakwa seorang pesakit Covid-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Tiada kejadian mayat pesakit Covid-19 masih hidup
Baca Artikel Menarik :
- Saya dah tutup pintu depan, tapi…
- Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung
- Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap
- Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan
- Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu
- Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak
Layari Laman Facebook MYKMU
Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan