Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah
Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah
KETIGA-TIGA parti ini sama sahaja, menumpang ihsan dan tuah kebaikan orang Melayu, kerana Melayu takut dituduh rasis jika mengabaikan kamu. Sedangkan kamu tidak mempunyai kekuatan langsung untuk memenangi hati sesama bangsa kamu sendiri.
Amboi…amboi bukan main lain sedap mulut Setiusaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mak Kah Keong apabila berkata, MIC dan MCA perlu keluar daripada BN, mengikuti jejak langkah partinya itu. Antara petikan kata-katanya:
“MCA dan MIC kedua-duanya menjadi parti yang selalu diabaikan dan dipinggirkan dalam keputusan dibuat dalam BN.
“Kedua parti itu kelihatan dua bintang yang ditenggelamkan oleh kegelapan sehinggalah mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan PN. Jadi eloklah keluar BN,”
“Jika mereka tidak sedar, sudah pasti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) banyak kerusi tradisional mereka akan dirampas semula oleh parti komponen sendiri”
Saya sangat bersetuju dengan cadangan ultra kiasu Gerakan, kerana sememangnya membawa kebaikan kepada MCA dan MIC. Maklumlah PN parti baharu, mudah dapat kerusi ‘tradisi’. Tidak mustahil boleh dapat lebih lagi kerusi, selain tradisi.
Apa tunggu lagi, silakan MCA dan MIC angkat kaki, keluar daripada BN. Saya nak tengok, berapa banyak kerusi tradisi MCA dan MIC yang akan diberikan oleh PN, berbanding dengan BN. Saya pun tengah menunggu, kemuliaan hati PN untuk memberi sebanyak kerusi kepada kamu.
Begitu juga Gerakan, berapa banyak PN akan memberikan kerusi ‘tradisi’ kawasan majoriti Melayu kepada kamu, meskipun kamu terlebih angkat kaki? Dasar tak tahu malu.
Kepada Gerakan, saya ingin ingatkan, sebelum berlaku tsunami politik 2008, berapa lama kamu memerintah Pulau Pinang, meskipun kerusi UMNO lebih banyak daripada kamu? Kamu langsung tidak bersyukur. Inilah bahayanya ultra kiasu. Seperti melepaskan anjing tersepit. Setelah dilepaskan daripada sepitan, digigit tuannya balik.
Bolehkah orang sebegini dipercayai apabila menyertai PN? Saya harap PN perlu berhati-hati menyimpan biawak hidup ini.
Saya nak ingatkan kepada tiga parti ini, kerusi tradisi kamu adalah kawasan majoriti bukan Melayu (Cina) menentang DAP, bukan kerusi tradisi di kawasan majoriti Melayu.
Buktikan kamu kuat dan boleh menang menentang DAP, baru boleh cakap banyak. Jika tidak, lebih baik kamu diam, kerana diam itu lebih baik dan tidak menyakiti hati orang lain, terutamanya hati orang Melayu.
Saya fikir, UMNO boleh menang selesa di kawasan majoriti Melayu yang menjadi kubu kuatnya, tanpa MCA dan MIC. Berbanding dengan Gerakan, MCA dan MIC yang pasti akan berputih mata, jika bertanding di kawasan majoriti Cina atau bukan Melayu.
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan, Dakwa Kerajaan Terbubar
Sepatutnya ketiga-ketiga parti ini kena berterima kasih kepada UMNO, kerana sebelum ini, kamu boleh memerintah kerajaan negeri Pulau Pinang, memegang kerusi Menteri dan timbalan serta senator. Tidak ketinggalan GLC-CLC dan kroni-krono ekonomi.
Betapa bertuahnya kamu semua, kekuatan tidak ada, tetapi tetap diraikan. Di sinilah saya selalu perkatakan, kemuliaan hati orang Melayu dalam meraikan kepelbagaian, kerana tuntutan agama Islam mengajar sedemikian.
UMNO tidak akan rugi sekiranya bersendirian seperti asalnya PEKEMBAR. Cuma akan dituduh sebagai rasis kerana seolah-olah tidak meraikan bangsa lain. Tetapi itu bukan sifat UMNO dan bangsa Melayu.
Kalaulah ditakdirkan UMNO bersendirian dalam PRU15, saya yakin UMNO tetap akan menang kerusi majoriti berbanding parti-parti politik lain.
Ketika itu, apabila berlaku pembentukan kerajaan, katakanlah wakil UMNO yang menjadi Perdana Menteri, pastinya UMNO tidak akan pinggirkan kaum lain. Kaum lain tetap akan dibawa masuk dalam kabinet, meskipun kalah.
Inilah asasnya bernegara yang harus diterima. Negara ini tidak lagi boleh ditadbirkan oleh satu kaum sahaja. Lanskap politik telah berubah. Sejarah telah mengubah segalanya disebabkan oleh kemuliaan hati sebuah bangsa yang bernama Melayu, menerima bukan Melayu seadanya, tanpa langsung diasimilasikan. Justeru, jangan diambil kesempatan ketika Melayu sedang lemah.
Saya bimbang, bila hati Melayu terlalu sangat dilukai, mereka akan mengamuk.
Nasihat saya kepada Gerakan, MCA dan MIC….
Belajarlah mengenang hati budi Melayu, belajar erti bersyukur, meskipun kamu bukan Islam. Jangan terlebih menjadi ultra kiasu, kerana ia akan semakin menyakiti Melayu. Melayu yang saya kenali, tidak kira parti apa, mereka tidak rasis. Islam telah memandu Melayu menjadi baik dan lebih baik. Kamu boleh hidup senang lenang, sebab Melayu beragama Islam. Bukan Melayu boleh hidup senang lenang di kawasan majoriti, hampir seratus peratus Melayu.
Saya tidak boleh bayangkan jika Melayu masih lagi tidak memeluk Islam sehingga hari ini, apakah kamu akan diterima seadanya. Saya berani katakan tidak ada bangsa lain, sebaik bangsa Melayu. Saya bawa satu sahaja contoh, di negara lain, semua bangsa mendatang diasimilasikan, tetapi tidak dengan Melayu. Kamu kekal seadanya seperti mana asal kamu. Tidak cukup dengan itu, semua hak-hak kamu diberi dan diraikan. Mana ada sekolah atau institusi Pendidikan tinggi berasaskan bangsa di dunia ini, kecuali di negara ini.
Mana ada TV, radio dan akhbar berasaskan bangsa dan bahasa diberi dan diraikan, kecuali di negara ini. Malah saluran kamu melebihi saluran Melayu itu sendiri.
Pemberian ini, mengakibatkan kamu tidak boleh berkomunikasi dan bertutur dalam Bahasa Melayu selaku Bahasa kebangsaan. Tetapi Melayu tetap tidak mengenakan apa-apa tindakan, apa lagi menyuruh kamu balik ke negara asal. Jika ada pun yang berkata sedemikian, mungkin saya, kerana saya menjadi beremosi sekali apabila kamu menjadi begitu tamak. Sudah tentu paling tidak boleh diterima apabila kamu cuba mempertikaikan kedudukan agama Islam yang sedia termaktub dalam perlembagaan.
Tidak cukup dengan itu, kamu tahu pemimpin Melayu ini lemah apabila berhadapan dengan tiga “TA”, harta, wanita dan takhta, maka kamu sumbat dan rasuahkan dengan tiga “TA” ini. Melayu pun cair. Akibatnya, berapa banyak tanah-tanah Melayu yang telah tergadai dan hilang, termasuk tanah rizab, tidak ketinggalan tanah yang menjadi musang king?
Cukuplah setakat ini untuk difikirkan…
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah
Baca Artikel Menarik :
- Saya dah tutup pintu depan, tapi…
- Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung
- Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap
- Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan
- Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu
- Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak
Layari Laman Facebook MYKMU