Mesyuarat MKT UMNO, jangan rakam dan sebar

Mesyuarat MKT UMNO, jangan rakam dan sebar

Majlis Kerja Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat khas maya petang esok, susulan politik terkini yang dikatakan “sangat penting”.

Pimpinan parti Melayu itu juga mengambil langkah awal bagi mengelakkan urusan dalamannya dibocorkan kepada pihak luar, dengan Setiausaha Agung Ahmad Maslan memberi amaran “jangan ada sesiapa yang merakam atau menyebarkan isi kandungan mesyuarat”.



“Jangan ada yang berniat jahat, kotor, dan tidak beretika melanggar sumpah atas nama Allah yang telah dilafazkan,” katanya dalam makluman yang dilihat FMT.

Makluman itu disampaikan atas arahan Presiden Ahmad Zahid Hamidi, kata Ahmad.

Tidak dapat dipastikan apakah agenda mesyuarat esok, namun negara menyaksikan tunjuk perasaan aman diadakan di ibu negara kelmarin dan hari ini, yang mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Perkembangan ini di sebalik dakwaan bahawa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional “difahamkan” telah menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai perdana menteri, menurut laporan Sinar Harian.



Bagaimanapun, dakwaan laporan itu belum dapat disahkan. Tindakan segelintir ahli Umno yang dilaporkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebelum ini terus menimbulkan kegusaran mengenai keabsahaan beliau sebagai perdana menteri.

MKT Umno bulan lepas mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, namun terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional, serta membenarkan Ahli Parlimennya menggunakan budi bicara sendiri untuk mengundi sebarang usul pada sidang Parlimen. FMT

Mesyuarat MKT UMNO, jangan rakam dan sebar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker