Kepantasan vaksinasi Malaysia dipuji isteri PM Singapura

Kepantasan vaksinasi Malaysia dipuji isteri PM Singapura. Peningkatan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia menerima pujian menggalakkan daripada isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching pada Isnin.

Dalam kemas kini di akaun Facebooknya, Ho Ching berkata kadar vaksinasi Malaysia meningkat hingga setengah juta suntikan setiap hari.

“Ini juga adalah kadar semasa di USA (Amerika Syarikat), tapi USA mempunyai jumlah penduduk yang 10 kali ganda daripada M’sia (Malaysia). Go, go, go!,” tulisnya.



Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di Malaysia telah melebihi 500,000 dos dalam tempoh enam hari berturut-turut, dengan 519,111 dos diberikan pada 31 Julai.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu Infografik di Twitter pada 1 Ogos daripada jumlah suntikan yang diberikan pada 31 Julai, sebanyak 316,492 adalah dos pertama manakala 202,619 dos kedua.

Secara kumulatif, 20,533,660 dos telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Malaysia (PICK) bermula pada 24 Februari.

Jumlah itu merangkumi 13,816,971 suntikan dos pertama manakala 6,716,689 lagi penerima yang telah lengkap dua dos



Kepantasan vaksinasi Malaysia dipuji isteri PM Singapura


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan, Dakwa Kerajaan Terbubar



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker