Najib ingatkan kerajaan tingkatkan had siling hutang kepada 65% untuk bantu rakyat
Najib ingatkan kerajaan tingkatkan had siling hutang kepada 65% untuk bantu rakyat. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa fobia meningkatkan had siling hutang negara kepada 65% kerana perlu melalui saluran Parlimen membabitkan undian, kata Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu, berkata kenaikan had hutang berkenaan adalah penting untuk membantu rakyat berdepan wabak.
“Jika kalah undian, maka ianya terbukti bahawa kerajaan PN tak ada majoriti lagi dan kerajaan PN akan tumbang. Rakyat tak dapat dibantu dengan wajarnya, tak apa. Rakyat lapar dan naik bendera putih, kita tolak ke tepi.
“Tipu statistik kewangan negara? No problem (tiada masalah). Gagal segagalnya dan derhaka pada Istana pun tak apa. Asal tiada undian dalam parlimen. Asalkan mereka kekal kuasa,” katanya dalam kenyataan, di Facebook.
Najib berkata, tindakan menaikan had hutang itu perlu dilakukan selepas kerajaan PN “pecah bajet” pada 2020, selepas unjuran defisit termasuk unjuran pertumbuhan ekonomi jauh tersasar, berbanding sasaran awal, sekali gus menyebabkan had hutang 60% terpecah pada kadar 62.2%, pada akhir Disember tempoh sama.
“Tetapi, masuk bulan Januari (2021), kerajaan PN sudah laksanakan darurat dan gantung akta-akta kewangan kerajaan.
“Dengan itu, pintu terbuka bagi mereka untuk ubah cara pengiraan had hutang dan tiba-tiba kerajaan PN umum nisbah hutang pada KDNK (keluaran dalam negara kasar) negara tiba-tiba jatuh 4% (satu angka yang besar dari konteks nisbah hutang) pada akhir suku pertama 2020, di tengah-tengah pandemik ke 58% pula!” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Katanya, defisit negara bagi 2021 adalah tinggi susulan pinjaman kerajaan naik mendadak, selain pertumbuhan KDNK negara terpaksa disemak yang menyaksikan unjuran hampir separuh dikurangkan daripada 7% ke 4%.
“Hanya orang yang paling taksub dan mudah sekali ditipu akan percaya nisbah hutang boleh jatuh mendadak pada ketika pandemik dan pada keadaan negara berkali-kali tersasar dalam bajet dan unjuran ekonomi,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan kini tidak lagi mengambil kira hutang jangka pendek kurang setahun dan pinjaman wang asing dalam pengiraan nisbah hutang dalam tempoh darurat.
“Sebab itu, menteri kewangan asyik ulang had hutang adalah terkawal sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Najib ingatkan kerajaan tingkatkan had siling hutang kepada 65% untuk bantu rakyat
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU
Zahid nyatakan UMNO kekal sokong PN namun gesa Muhyiddin berundur
You must be logged in to post a comment.