Ismail Sabri bakal dilantik PM interim?

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikatakan mempunyai sokongan kuat, termasuk daripada kalangan ahli kabinet untuk dilantik sebagai perdana menteri interim (sementara,) menurut sumber.

Menurut sumber berkenaan, rundingan mengenai perkara itu sedang berjalan di peringkat kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dan Ismail.

Ismail ‘nampaknya’ memperolehi sokongan agak kukuh untuk menggantikan Muhyiddin Yassin, untuk dicalonkan sebagai perdana menteri interim, kata sumber itu.

Majoriti dalam kabinet bersetuju atas pekara ini dalam rundingan setakat ini,” tambahnya.

Adalah difahamkan, Muhyiddin sebelum ini dinasihati untuk tidak meletak jawatan oleh anggota kabinetnya, susulan kontroversi pembatalan ordinan darurat tanpa perkenan Istana Negara.

Bagaimanapun pendirian muktamad Ahli Parlimen Pagoh itu terhadap nasihat berkenaan tidak diketahui.

Ismail dilantik sebagai timbalan perdana menteri awal bulan ini.

Hari ini, spekulasi bertebaran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memperolehi perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanapun jurucakap Istana dan PKR menafikannya.

Ismail Sabri bakal dilantik PM interim?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini kali pertama Agong keluarkan ‘Titah Keras’ buat kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker